Setelah sekian lama terkandas di Singapura akhirnya seorang lelaki yang dikenali sebagai Fais Ismail telah pulang ke pangkuan ibu bapanya membuatkan warganet berasa seb4k.
Setahun tidak balik
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh dirinya di Facebook, Fais membuat kejutan kepada buat ibu bapanya setelah setahun tidak dapat pulang. Kelihatan dirinya menyamar sebagai rider yang menghantar bunga.
Ketika dia memberi jambangan bunga berkenaan, ibunya seakan sudah dapat merasakan sesuatu yang ‘pelik’ sebelum mengalirkan air mata apabila membaca kad ucapan yang diterima. Rider tadi bagaimanapun masih lagi tidak beredar dan menunggu di luar rumah.
Selang beberapa saat, Fais membuka topi keledarnya lalu terus memelvk dan menc1um ibunya setelah lama memendam rindu. Ibunya seakan tidak percaya bahawa anaknya sudah pulang dan berada di depan matanya.
Ayahnya yang kelihatan ‘kaku’ dan menahan air mata apabila dipelvk dan dic1um oleh anaknya seperti tidak percaya bahawa anaknya sudah pulang ke pangkuannya. Momen sebak itu membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.
Video berkenaan telah dimuat naik semula oleh Auzani Ismail di group Malaysian-Singapore Border Crossers (MSBC) dan meraih lebih 4000 like di Facebook.
Sumber : Fais Ismail
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber : OhBulan
Leave a Reply