‘Dia Dari Muar Ke?’ – Jawab Soalan Netizen Di IG, TMJ Minta Syed Saddiq ‘Jujur’ Kepada Rakyat

Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram sempat membuat sesi soal jawab bersama rakyat jelata.

Menerusi sesi tersebut, pelbagai soalan yang diajukan dan antara yang menarik minat adalah mengenai pandangan baginda terhadap ‘prestasi’ Yang Berhormat (YB) Muar, Syed Saddiq yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan.

Jawapan TMJ

Foto: Tunku Mahkota Johor

Ketika diajukan soalan adakah Baginda suka akan YB Muar, TMJ secara ringkas menjawab tidak. Pada masa yang sama, Baginda turut menjelaskan sebab mengapa berbuat demikian.

Bagaimana dia menjanjikan, dengan cara apa? Apa yang dia buat sebelum ini? Negara kita perlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

Ujarnya lagi, negara memerlukan ahli politik yang komited dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan sepenuh hati bukannya terkenal melalui pujian ramai menerusi media sosial.

Jujur, jadi diri anda, dan dedikasi. Tunaikan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Jangan jadi populist (terma yang digunakan buat ahli politik) hanya untuk terkenal dan meraih pujian di media sosial.

Tidak berakhir di situ, menerusi satu soalan yang lain terdapat seorang pengikut yang menjelaskan YB Muar banyak berkhidmat untuk rakyatnya di Muar, dan turut mempersoalkan mengapa TMJ menggelarnya sebagai ‘populist’.

Rakyat dia? Dia dari Johor? Adakah di dari Muar? Awak dari Johor? Dari Muar? Awak terima tak lap0ran mingguan daripada Pegawai Daerah? Awak terima tak lap0ran daripada Ketua Kampung dan Penghulu? Dapat kerja di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial adalah dua perkara yang berbeza.

Instastory penuh

Sumber: Tunku Mahkhota Johor

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.