Aduh! Nia Ramadhani Tert0nggeng Jatuh Basikal Atas Jalan Tar

Mal4ng tidak berb4u! Pelakon sinetron popular Nia Ramadhani jatuh tertonggeng ketika sedang berbasikal ketika mengacarakan rancangan Nyonya Boss baru-baru ini.

Nia ketika itu bersama dua rakan baiknya sedang mengayuh basikal untuk ke tempat pembuatan barangan tanah liat sekitar Magelang, Jawa Tengah, tiba-tiba gagal mengawal basikalnya hingga jatuh tersungkur di jalan bertar.

Momen itu sempat dirakamkan oleh lensa jurukamera yang mengikutnya dari belakang.”Di hadapan basikal pemandu pelancong, kemudian saya, selepas itu Kak Gita dan Pak Tri mengikut dengan kereta di belakang.

“Tiba-tiba saya tak boleh kawal basikal sebab topi yang saya pakai hampir tercabut diterbangkan angin. Saya jadi seperti badut sarkas tahu tak,” ceritanya kepada pembantu peribadinya.

Disebabkan kemalangan itu, betis sebelah kanan ibu kepada tiga beranak ini lebam hampir kebiru-biruan.Biarpun terjatuh, Nia tidak patah semangat dan teruskan mengayuh basikal menuju ke lokasi pembuatan barangan tanah liat.

“Yang lebih tahan menangis Nia kerana tadi dia terjatuh,” kata Gita, wanita yang bersamanya ketika trip tersebut.Lebih melucukan sepanjang berbasikal di kawasan sawah padi itu, Nia kerap disapa dengan bahasa Inggeris kerana difikirkan pelancong wanita dari luar negara.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.