Bermula 1 Jun 2021, kerajaan telah menggariskan prosedur standard operasi (SOP) ‘Total Lo.ckdown’ bagi semua premis termasuk kedai barangan runcit yang hanya membenarkan barangan keperluan asas sahaja dijual.
Kec3wa Kerana Barangan Keperluan Lain Tidak Dibenarkan Dijual
Serentak dengan pelaksanaannya, bahagian-bahagian yang tidak dibenarkan dijual telah ditutup berikutan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sekaligus membuatkan ramai kecewa termasuk buat pelakon Lana Nordin kerana ada diantara barangan-barangan tersebut amat diperlukan mereka.
Menerusi perkongsian di laman Instagram nya sebentar tadi, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin,41 dia menyifatkan SOP yang ditetapkan seperti menyukarkan orang ramai kerana terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan barang keperluan mereka.
“Banyak mengarvt dari menyenangkan.tak semua barang boleh beli online! Sepatutnya kedai dah bukak bagi je orang beli.Ini ada yang boleh dan ada yang tak boleh?.Ada anak-anak tak pergi sekolah bagilah bahagian stationery bukak untuk anak boleh melukis ke atau apa-apa. Takkan kalau anak aku 40sen pemadam hilang, nak kena beli online jugak? Habis semalam lampu dapur terbakar bulb kena beli online juga lah walaupun datang belum tentu masa lagi! Habis ada barang-barang bakeri yang tak boleh beli online like Aluminum foil” luah Lana
Dalam pada itu, Lana turut meluahkan rasa kecewa nya dengan kebenaran jualan barangan yang tidak perlu dan penting seperti alk.ohol berbanding dengan keperluan lain.
“Kalau beli online datang semua kemek pasal itu orang nak beli on hand.Tapi sampai-sampai kedai buka tapi section close? ALH.OCOL boleh pulak jual? Paling sedih certain kedai puting, botol susu anak tak boleh jual.Habis nak kena beli online kalau eme.rgency puting budak koyak, botol p.ecah? Memang tak masuk akal langsung! Siapa pernah jadi macam ini?? Tak bawa phone tertinggal sebab rushing lepas itu ada yang bawa data habis la or phone cable rosak atau phone rosak tak boleh on or memang tak guna smart phone langsung.How nak masuk?
Please la be reasonable dari menyusahkan dan sememangnya sekarang pun susah nak buat apa at least bagilah buka semua section sebab itu sahaja yang dapat orang beli dan tak semua org pandai beli ONLINE juga terutama orang duduk kampung dan orang yang dah berusia. #sayahampa #taklogik” katanya lagi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dan meluahkan rasa kecewa kerana mengalami situasi yang hampir sama dengannya. Ujar mereka, SOP yang ditetapkan juga kadang-kala berubah sehingga mengelirukan orang ramai.
Semua Barang Di Kedai Runcit Boleh Dijual
Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Malaysia Kini pada Isnin (7 Jun 20219), Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan bahawa semua barang di kedai barangan harian atau kedai runcit boleh dijual. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dalam prosedur operasi standard (SOP), telah melarang kedai menjual barang “tidak penting” tetapi MKN mengatakan telah terjadi salah faham.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: Murai
Leave a Reply