Kongsi Pengalaman Ibu Mertua, Raqib Jawab Mengapa Pes4kit COV!D-19 Perlu Ditidurkan

Penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid berkongsi secara ringkas mengenai sebab mengapa ada sesetengah pes4kit Cov1d-19 yang perlu ditidurkan.

Mempunyai pengalaman ibu mertuanya yang baru sahaja sembuh dari w4bak itu selepas dikom4kan, Raqib menjawab soalan peminatnya.

“Ini secara ringkas kenapa doktor decide untuk intubate (tidurkan) pes4kit. kalau ada doktor yang nak tambah informasi, boleh komen di bawah. untuk pengetahuan bersama

“Jawapannya bukan semua pes4kit cov1d ditidurkan. Bagi pes4kit yang ditidurkan itu sebab oksigen level mereka semakin menurun jadi mereka perlukan alat pernafanan,” jelasnya.

Raqib menjawab salah satu soalan Q&A di akaun Instagram miliknya.

Bekas penyampai radio Zayan itu tidak keseorangan, malah isterinya, Tasha Manshahar turut bersama memberi penjelasan lanjut.

“Lagi satu kenapa mereka perlu ditidurkan sebab bukan mudah nak masukkan tiub alat pernafasan dari dalam mulut hingga ke paru-paru bayangkan dalam keadaaan sedar mesti mer0nta-r0nta kita

“Jadi bila mereka ditidurkan…lebih rileks dan prosedur itu lebih mudah dilakukan,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Tasha ada berkongsi mengenai ibu dan bapanya yang dij4ngkiti w4bak tersebut dan sehingga kini kedua-duanya telah sembuh dan pulang ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raqib Majid (@raqibmajid)

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: