Soo Wincci Bid4s Prof Muhaya Dengan Ayat Al-Quran, Netizen Terus Tergam4m

Sejak beberapa hari yang lepas tul4r apabila kenyataan penceramah motivasi dan doktor pakar mata terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad mengenai isu “Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh” di mana dia berkata bahawa “wanita perlu buat b0d0h-b0od0h sedikit baru lelaki suka”. Kenyataan ini mendapat kecam4n dan mengundang rasa amar4h banyak pihak kerana ianya seperti menyuruh wanita merendahkan diri demi untuk mendapat jodoh.

Kenyataan itu mendapat perhatian ramai sehingga kec0h ruang laman media dengan pendapat dan perbahasan masing-masing. Video rakaman yang tular itu juga tidak terlepas dari pandangan beberapa orang akademia terkenal seperti Dr Amalina dan yang terbaru Dr Soo Wincci.

Penyanyi dan juga model, Dr Soo Wincci yang kini sedang melanjutkan pelajarannya (double PhD) di Sepanyol merasakan bahawa apa yang dikatakan Prof Muhaya itu tidak patut dipraktikkan. Baginya, “berpura-pura b0d0h” adalah suatu bentuk pemboh0ngan yang dilakukan terhadap orang lain serta diri sendiri. Tindakan seperti ini tidak patut dilakukan hanya kerana seorang wanita ingin berkahwin.

Soo Wincci kemudian memetik firman Allah di dalam Al-Quran berkenaan orang yang mun4fik. Petikan daripada Surah al-Maaidah, ayat 41 itu dikongsikan di laman Instagramnya.

“Wahai rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: Kami tetap beriman, padahal hatinya tidak beriman.” (Surah al-Maaidah, ayat 41)

Soo Wincci menjelaskan bahawa orang yang kufvr adalah orang mun4fik yang dilihat beriman daripada luaran namun di dalam hatinya tidak. Tambah Soo Wincci, samalah seperti orang yang “berpura-pura b0d0h” di mana mereka mungkin ingin menampakkan kebaikan (di mata lelaki) lalu menyembunyikan keburvkan (sifat ingin berdikari). “Biarlah tak kahwin pun jangan buat-buat b0d0h demi nak kahwin sebab takkan kita nak buat-buat b0d0h seumur hidup?”, kata Soo Wincci.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang terkejut dengan petikan daripada Al-Quran yang digunakan oleh Soo Wincci dalam bidasannya. Hal ini adalah kerana, Soo Wincci dikenali sebagai seorang wanita berbangsa cina yang bukan muslim. Oleh itu, penggunaan ayat daripada kitab suci agama Islam mengund4ng kepada tanda tanya beberapa orang wargamaya “Awak mvslim ke?”.

Ada yang Soo Wincci balas dengan emoji love sahaja. Ada juga yang Soo Wincci “amin” kan komen mereka. Ada yang lebih panjang sedikit, Soo Wincci perjelaskan bahawa dia menjadikan ayat Al-Quran sebagai rujukan kerana ianya adalah “petua” atau petunjuk yang bagus. Soo Wincci juga akui dia suka fahami ayat Al-Quran.

Rata-rata wargamaya terutama yang sudah lama mengikuti perkembangan Soo Wincci bertambah kagum dengan wanita ini termasuklah beberapa orang artis seperti Qi Razali dan Nabil Mahir. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Soo Wincci, namun dia tetap positif dan menjelaskan dengan tenang bahawa dia faham maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh Prof Muhaya tetapi dia masih tidak bersetuju dengan cara berkenaan.

Hal ini adalah kerana, Soo Wincci akui pernah berada dalam situasi yang dikatakan namun ianya berakhir dengan trag1s. Oleh itu, dia menasihatkan para wanita muda di luar sana agar tidak mengulangi kesalahan yang pernah dia lakukan pada suatu ketika dahulu.

Walaupun Soo Wincci masih lagi  bujang sehingga kini namun banyak kejayaan yang telah dicapainya. “Biar Lambat Asalkan Betul. Biar Bujang Asalkan Jujur”, itulah prinsip yang dipegang Soo Wincci. Apa pun kita doakan agar Soo Wincci dapat bertemu dengan jodoh yang tepat buatnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Soo Wincci