Penyanyi Nourul Wahab Depp, 43, sekeluarga bakal berhijrah ke negara kejiranan terdekat pada pertengahan Julai nanti selepas lama berhajat untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Nourul memaklumkan mereka bukan pulang ke kampung halaman suaminya, Eric Daniel Depp di Perancis seperti yang diteka ramai.
“Kami tak pergi jauh pun tapi nantilah saya k0ngsi negara mana. Suami memilih untuk berhijrah di negara terdekat dulu kerana ingin mener0ka peluang serta tukar angin di tempat baharu pula.
“Buat masa ini, kami masih menunggu permohonan visa diluluskan selain menunggu sunt1kan v4ksin kedua. Kalau semua urusan sudah selesai, insya Allah kami akan berangkat pada sekitar 15 atau 20 Julai nanti.
“Perkara ini pun memang sudah kami bincangkan sejak mula berkahwin dulu. Jadi, saya sudah bersedia untuk melepaskan kehidupan di Malaysia tapi semestinya masih akan ulang-alik ke sini juga nanti,” katanya.
Menurut penyanyi Kerana Terluka itu, kerjaya seninya di Malaysia masih akan diteruskan dan pengurusannya di sini masih berjalan.
“Kalau ada tawaran persembahan di sini selepas C0vid-19 reda nanti, saya masih akan pulang untuk menjayakannya. Karier saya masih diuruskan pasukan di Malaysia dan rumah kami pun tak jual.
“Cumanya, saya dan keluarga memang akan duduk lama di negara itu nanti. Ikut perancangan, kami akan berada di sana sehingga anak kami tamat persekolahan,” katanya.
Nourul berkahwin dengan Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, Raphael, dan Isabella. Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan komposer Ajai dan dikurniakan satu cahaya mata iaitu Ayu Nazirah.
KOMEN NETIZEN:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: HM online
Leave a Reply