Penyanyi Nourul Depp akhirnya mendedahkan dia bakal berhijrah ke Bali, Indonesia pada pertengahan Julai depan.
Kata Nourul, penghijrahan yang pada mulanya dirancang awal tahun itu terpaksa ditunda disebabkan pandemi1k C0V!D.19.
“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak di mana kami berhasrat untuk memasukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran.
“Selain itu memang impian suami untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap dua tahun di sana,” katanya ketika diwawancara dalam rancangan Punchline DAC baru-baru ini.
Pendedahan Nourul itu sekali gus melenyapkan spekulasi yang mend4kwa dirinya bakal berhijrah ke negara asal suaminya, Eric Depp, di Perancis.
Walaupun berhijrah, Nourul menegaskan dia tidak akan meninggalkan kerjaya seninya di Malaysia dan akan kerap berulang-alik bagi memenuhi undangan.
“Saya tetap akan balik ke Kuala Lumpur kerana bisnes ada sini. Malah kalau undangan persembahan pun, saya akan berulang-alik. Bukan jauh pun.
“Insya-Allah di mana pun saya berada, saya masih dan tetap orang yang sama. Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya dan keluarga.
“Sedih juga bila ada yang beremosi hantar mesej bila mendapat tahu saya nak berhijrah. Jangan bimbang, tiada apa pun yang berubah… Peminat dan pengikut di media sosial saya tetap di hati. Ada umur panjang, kita tetap berjumpa,” katanya.
Nourul sebelum ini mengakui bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain mengikut perancangan yang sudah difikirkan sejak 14 tahun lalu.
Bagaimanapun, pelantun lagu Kerana Terlvka itu enggan memberitahu lokasi sebenar penghijrahannya bersama keluarga.
Minggu lalu pula Nourul mengemaskini akaun Instagramnya dengan menjual beberapa barangan terpakai kepada peminat selain sedang mengemas perkakasan rumah untuk dibawa ke tempat baharu.
Nourul dan Eric telah berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Manakala, menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber : GEMPAK
Leave a Reply