“I Love You So Much & I Miss You…,” – Fazura

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahy4rham bapanya yang ke-65, pelakon jelita Fazura ada menitipkan ucapan teristimewa buat arw4h bapanya, Sharifuddin Adnan.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, bintang berusia 37 tahun ini turut berkongsi sekeping foto bermakna mereka berdua.

Kasih seorang anak kepada bapanya yang tiada hujungnya, ini kepada cahaya mata ini turut menzahirkan rasa sayang dan rindu terhadap arw4h.

“Dearest Papa, you would have been 65 today and I bet you’d look so handsome with that everlasting smile on your face.

“22 years gone but your strength and love stays strong within me. I love you so much and I miss you terribly. Al Fatihah.. Sharifuddin bin Adnan.  #PapasGirlForever,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa buat bapa kepada bintang yang disayangi ramai itu.

“Innalillahwainnailaihirojiun, semoga arw4h papa di cucuri rahmat kasih syg Allah. Aamin,” tulis seorang peminat.

“Al Fatihah..semoga ditempatkan dikalangan para solihin,” doa seorang peminat yang lain.

“Al fatihah for ur papa g. M sure he is very proud of u,” titip peminat di ruangan komen entri tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Foto: Instagram Fazura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.