Netizen puji Qistina lepas kongsi video bertudung, “Kan cantik…”

Qistina Raisah atau nama penuhnya, Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri merupakan antara pelakon kanak-kanak yang cukup diminati oleh penonton drama di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, Qistina Raisah kini sudah mencecah usia 12 tahun dan semakin ramai peminat yang mengikuti perkembangan dirinya terutama diruangan Instagram peribadinya.

Biarpun begitu, satu rakaman video terbaru dikongsikan Qistina Raisah mendapat pujian peminat dengan ratusan reaksi ditinggalkan mereka kerana begitu senang melihat penampilannya.

Qistina Raisah dilihat merakam video dengan penampilan bertudung sekali gus bagi peminat, dia semakin cantik apabila mengenakan tudung.

Hantaran video Qistina Raisah ternyata mengundang peminat yang melihat turut mendoakan agar pelakon jelita ini istiqomah  bertudung dan dalam pada masa yang sama, rata-rata netizen turut memberikan pujian terhadap dirinya itu.

Tidak kurang juga, posting Qistina Raisah menerusi Instagram peribadinya itu menerima lebih 20,000 tanda suka berserta ratusan komen yang ditinggalkan peminat dan pengikutnya.

“Tengok kan ayu pakai tudung cantik pon cantik. Sejuk mata memandang”

“Makin lawa bila Qis pakai tudung”

“Kan cantik kakak Qis kita pakai tudung”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.