Pemuda ini setia jaga sahabat terl4ntar di w4d sehingga akhir hay4t, siap tukar lampin… diam-diam ada yang rakam kebaikannya!

SATU dalam seribu!

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang pemuda yang sanggup bersusah payah dan bersengkang mata menjaga sahabatnya yang terl4ntar sakit.

Video itu yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan pemuda berkenaan sedang menukar pakaian sahabatnya di w4d dengan sangat berhati-hati benar-benar menyentuh hati netizen.

“Ada insan share dekat group family kami. Tak tahu siapa yang record, mungkin rakan di w4d yang sama. Ini sahabat arw4h abang… yang setia menemani, menurut kehendak. Satu dalam seribu. Terima kasih,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rosmina Ismail yang memuat naik video berkenaan di laman Instagram berkata, arw4h abangnya, Roslim Ismail, 34, terlantar sakit sejak hampir dua bulan lalu kerana ser4ngan j4ntung.

“Arw4h abang dimasukkan ke h0spital ketika awal Ramadan lalu selepas terkena ser4ngan j4ntung ketika sedang bekerja. Kami sekeluarga terkejut sangat sebab abang sihat sahaja sebelum ini… dia bekerja sebagai buruh dan dia memang biasa buat kerja berat.

Kenangan Allahy4rham (dalam bulatan) bersama keluarga ketika meraikan ulang tahun bapa mereka.

“Selepas beberapa hari dirawat, abang dibenarkan keluar hospital. Namun keadaan kesihatannya makin mer0sot. Dia kerap ulang alik ke h0spital dan dimasukkan ke w4d kerana keadaan j4ntungnya lemah.

“Hinggalah pada 28 Mei, arw4h abang sekali lagi dimasukkan h0spital berikutan keadaannya yang lemah.

“Saya dan seorang lagi abang yang tinggal serumah di Pasir Mas, Kelantan, akan ulang alik menghantar barang dan selesaikan urusan hospital. Disebabkan keadaan sekarang, waris tak dibenarkan teman. Hanya datang melawat seketika saja,” cerita wanita berusia 28 tahun ini.

Cerita Rosmina, arw4h abangnya kemudian memaklumkan bahawa seorang rakannya akan menemaninya di h0spital sepanjang dia dir4wat.

Pusara Allahy4rham terletak bersebelahan dengan pusara ibunya.

“Sekarang ni hanya seorang sahaja boleh teman dan wajib buat swab, jadi disebabkan sahabatnya mahu teman, kiranya dia sebagai wakil keluarga kami.

“Kami sekeluarga sangat terharu apabila sahabatnya, Peyuh (nama panggilan) tawarkan diri nak menemani. Memang masa arw4h masih sihat, dia selalu bawa Peyuh ni bekerja sekali.

“Mungkin ada sikap atau kebaikan arw4h abang terhadapnya membuatkan dia mahu menemani. Bukan setakat jaga tapi tukar lampin dan macam-macam lagi. Video ini mungkin dirakam oleh pes4kit lain di w4d atau jurur4wat.

“Pada malam abang men1nggal dunia ia dihantar ke group keluarga kami. Memang seb4k… sampai sekarang mengalir air mata kalau tengok video tu,” cerita Rosmina yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik.

Kami banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik… dia kata dia buat semua ini ikhlas.

ROSMINA ISMAIL

ADIK

Menurut Rosmina, Peyuh akan bertindak sebagai perantara untuk menyampaikan apa sahaja pesanan abangnya kepada keluarganya.

“Kira-kira lima hari juga Peyuh menemani arw4h abang di h0spital di Pasir Mas sebelum abang terpaksa dipindahkan ke hospital di Kota Bharu pada 6 Jun.

“Malah, dia yang teman arw4h abang dalam ambulans ketika nak ke Kota Bharu, manakala seorang lagi abang saya ikut dengan kereta lain di belakang.

“Peyuh cerita, arw4h abang banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik… dia kata dia buat semua ini ikhlas. Betul-betul respect dengan sahabat arw4h abang yang satu ini,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Hanya sempat dir4wat sehari sahaja di Kota Bharu, Rosmina berkata arw4h abangnya menghembuskan nafas terakhir pada 7 Jun lalu.

Anak tunggal Allahy4rham yang berusia lima tahun menziarahi pusara bapanya.

“Selepas arw4h men1nggal dunia, ada ramai sangat yang WhatsApp dan cerita pasal arw4h, antaranya seorang kawan. Ayahnya sama w4d dan duduk sebelah katil dengan arw4h abang. Dia cerita, abang ni suka tolong orang dalam w4d. Seb4k rasanya bila dengar.

“Kemudian kami terbaca status WhatsApp yang dikongsi Peyuh. Rupa-rupanya abang ada cakap kepadanya yang dia dah reda kalau dijemput aj4l. Malah abang ada tanya dia, dengan siapa dia nak berkawan kalau abang dah pergi.

“Abang juga pernah cerita kepada Peyuh yang dia rindu sangat dengan anak tunggalnya yang berusia lima tahun yang dijaga bekas isteri. Kami dah bawa sebenarnya, tapi tak dibenarkan masuk. Dia juga pernah mimpi bertemu arw4h ibu.

“Bila baca apa yang dikongsi Peyuh, memang sedih. Arw4h seolah-olah nak beritahu dia nak ‘pergi’. Namun kami reda. Perkongsian video itu saya buat sebab nak sampaikan mesej persahabatan dan keikhlasan. Terima kasih Peyuh dan semua yang mendoakan arw4h abang saya,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.