Ramai Hairan Macam Mana Founder Kosmetik Ni Boleh Ada Kat SJR, Siap Bagi Barang

Di Twitter, tular sebuah video menyaksikan seorang lelaki yang dipercayai pengasas produk kecantikan didakwa mengedar bungkusan produk kepada pemandu-pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pulau Pinang.

Malah, kelihatan juga beberapa anggota polis yang turut bersama-sama di SJR tersebut.

Tindakan demikian bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai kebenaran yang diterima individu itu untuk mengedarkan produknya di SJR.

Tak menganggu tugas polis ke?

Netizen mempersoalkan bagaimana individu terbabit yang juga merupakan orang awam mendapat kebenaran berada di SJR sambil menghulurkan bantuan kepada pemandu yang melalui kawasan tersebut.

Malah, netizen menyifatkan tindakan demikian sedikit sebanyak mampu menganggu tugas pihak polis sewaktu menjalankan operasi SJR tersebut.

Belum beri respon

“Mamat korea mana pulak duduk berdiri dkt SJR ni, siap bawak kotak dgn plastik lagi tu, nak bagi pamplet apa pulak tu dekat orang yang lalu dekat dgn SJR ni? Bertambah sesaklah nanti. Tapi nmpk macam bagi barang je! Siap dgn berjacket hitam, ramput karat sikit, tak panas ke wey?”

Sehingga kini, pengasas produk kecantikan itu masih belum mengeluarkan sebarang respon mengenai keberadaannya di SJR sewaktu musim PKP ini.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap bilangan kenderaan yang disifatkan masih terlalu banyak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan pada Selasa lalu.

Beliau berkata, ia berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam tempoh empat hari ketika ini.

“Hari pertama PKP penuh saya buat pantauan sekatan jalan raya (SJR), saya tengok ada penurunan kenderaan. Hari kedua, saya buat lawatan mengejut di kilang-kilang, saya tengok ramai menyalahgunakan (kebenaran pergerakan), jadi kita bagi amaran.

“Hari ketiga, kita tengok balik SJR, sampai 86,000 pemantauan kita buat di seluruh negara. Kita tidak puas hati dengan jumlah pergerakan di jalan raya, jadi kita buat keputusan dipertingkatkan lagi bilangan SJR, begitu juga pemantauan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan pemantauan di pusat beli-belah di sini, hari ini.

Katanya lagi, SJR akan ditambah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor serta Pulau Pinang.

Setakat ini, terdapat 887 SJR di seluruh negara

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Isskandar Ariffin via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.