Sempena Hari Bapa hari ini, Elyana sempat memuat naik sebuah posting ‘khas’ buat suaminya iaitu Khairul Hussin.
View this post on Instagram
Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat dekat ayah. Kalau ayah tak ada, kita orang tak best. Mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero. Semua ayah boleh buat, kecuali pasang-pasang kabinet, katil dan apa sahaja yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu. Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak best kalau tak ada awak.
Menurut Elyana, kehidupannya dengan anak-anak tidak akan lengkap sekiranya Khairul tiada di sisi mereka. Ujar Elyana, sepanjang mendirikan rumah tangga dengan Khairul, semua perkara suaminya mampu lakukan. Lebih tersentuh, Khairul sanggup menemaninya di hospital setiap kali menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di hospital.
Tambah Elyana, suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa menceriakan hari-harinya dan anak-anak. Sehingga satu tahap, Elyana berdoa agar Allah mengambil nyawanya terlebih dahulu berbanding suaminya.
Menerusi posting tersebut juga, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak apabila membaca luahan Elyana. Menurut netizen, Elyana perlu kuat melawan kanser demi anak-anaknya. Netizen turut berdoa agar Elyana segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarganya. Ini kerana, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Leave a Reply