Tindakan orang tertentu ‘menghvkum’ Siti Elizad sebagai m4ndul kerana tidak mendirikan solat serta tidak bertudung kepala mengundang perhatian ramai.
Sejak berkongsi perasaannya mengenai tudvhan berkenaan, ramai yang tampil memberi sokongan moral terhadap pelakon dan pengacara itu, termasuk dalam kalangan selebriti.
Antaranya, pelakon Hafidz Roshdi yang tampil mengakui dia menjadi saksi pemilik nama penuh Siti Elizad Mohamad Sharifuddin itu tetap menunaikan kewajiban walaupun sewaktu berada di lokasi penggambaran.
Hafidz Roshdi
“Saya menjadi saksi Elizad. Saya selalu ternampak dia sudah siap berwuduk serta bentang sejadah dalam bilik untuk menunaikan solat apabila sampai waktu.
“Saya nampak sendiri depan mata, dan saya tengok perkara ni bukan sekali,” katanya pada sidang media secara maya mempromosi sitkom BTS (Bujang. Tampan. Selamba) hari ini.
Justeru, kata Hafidz, tiada sesiapa wajar menilai seseorang hanya berdasarkan luarannya semata-mata.
“Jangan anggap semua wanita yang tak bertudung tu tidak mendirikan solat,” katanya.
Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan laporan Siti Elizad, 37, membuat laporan polis terhadap individu yang mend4kwa dia m4ndul kerana tidak mengerjakan solat serta tidak bertudung.
Saksi selama empat bulan
Individu terbabit juga did4kwa melemparkan kata-kata kes4t kerana Siti Elizad belum memperolehi zuriat.
Pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, walaupun dia bukan jenis orang yang sering mengambil peduli sesuatu komen termasuk yang tidak wajar, namun berpendapat kali ini ada orang berkenaan melampaui batas.
Kata Siti Elizad lagi tidak sepatutnya ada mana-mana pihak melakukan penghinaan begitu memandangkan dia sudah berusaha keras bagi mendapatkan zuriat bahkan turut pernah mengandung sebelum ini.
Untuk rekod, Elizad pernah menjalani proses raw4tan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada 27 Oktober tahun lalu namun mengalami keguguran sebulan kemudian.
Dia mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Selain Hafidz, seorang lagi artis yang tampil memberi pencerahan ialah Fasha Sandha yang mendakwa dia melihat Siti Elizad menunaikan solat sewaktu mereka bekerja di set penggambaran sama.
Kata pelakon itu, kejadian berkenaan berlaku sepanjang tempoh empat bulan mereka bekerja di bawah satu produksi.
“Tolong kuat sayang. Siapa dia untuk hakimi orang solat atau tak. Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi selama empat bulan saya bekerja dengan dia.
“Pengikut kesayangan sentiasa doakan yang baik-baik buat Ijat. peluk secara maya daripada saya dan anak-anak. Kami doakan yang terbaik.
“Hello, dia tak m4ndul OK. Dia pernah hamil. Siapa buat (tuduhan) ni baik mohon keampunan daripada tuan badan,” katanya yang meninggalkan komen di akaun Instagram Siti Elizad.
“Tanya fasal anak dah jadi soalan wajib… nak tak nak kena jawab juga” – Aprena Manrose masih ikhtiar dapat zuriat selepas 4 tahun kahwin
MENGALAMI nasib yang sama, Aprena Senrose turut berasa simpati dengan hin4an yang diterima pelakon Elizad Sharafuddin berkaitan soal rezeki anak.
Bagaimanapun Aprena, 28, berkata, dia tidak pernah dilemp4rkan dengan kata-kata sebegitu kesat yang keterlaluan sehingga mengg0res hati.
“Saya kesian dan sedih dengan apa yang berlaku pada Elizad, setakat ini saya tidaklah kena kec4man teruk macam tu.
“Selalu saya ditanya je bila nak dapat anak. Bagi saya itu semua ketentuan Allah yang mana kami sebagai wanita hanya mampu ikhtiar,” ujarnya kepada mStar.
Aprena berkata demikian pada sidang media drama Hati Mu Sedingin Salju yang diadakan secara maya pada Khamis.
Aprena masih menanti kehadiran zuriat.
Pada malam Rabu, pelakon Elizad meluahkan rasa sedih apabila menerima hin4an di ruangan komen platform media sosial sebuah portal yang menvduhnya sebagai m4ndul, tidak solat dan tidak menutup aurat.
Elizad memberitahu dia sudah berusaha pelbagai cara dan raw4tan untuk mendapatkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan rezeki itu.
Susulan itu pelakon Teman Lelaki Upahan berkenaan membuat laporan polis pada malam Rabu terhadap seorang netizen yang dianggap melampau dan cuba menjatuhkan marvahnya.
Sementara itu, Aprena yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga mengakui turut berusaha menjalani pelbagai raw4tan sebagai ikhtiar mendapatkan anak.
Bagi saya tidak sens1tif sebab saya dah bersedia… nak tak nak kena jawab juga.
APRENA MANROSE
PELAKON
Dia juga berharap semua pihak faham dengan situasi yang dialami oleh wanita yang senasib dengan mereka.
Elizad luah perasaan di IG.
“Pertanyaan fasal anak itu dah memang soalan wajib orang akan tanya saya. Bagi saya tidak sens1tif sebab saya dah bersedia… nak tak nak kena jawab juga.
“Sekarang masih berusaha pelbagai raw4tan kesuburan. Kalau dah berhasil saya kongsikan jenis raw4tan apa yang saya jalani, ” ujarnya.
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wah Syahman mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 2016.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Leave a Reply