
Lepas mengidam Lamborghini yang bernilai RM3 juta, usahawan produk ini sekali lagi mendapat perhatian apabila dirinya mengidam naik troli pula di pusat beli belah.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh usahawan muda dikenali sebagai Ayunie itu di platform TikTok miliknya yang memaparkan dia ditolak oleh suaminya.
“Best dapat suami melayan…”
Menurut Ayunie, disebabkan dia tidak larat untuk berjalan, dia memberitahu pada suaminya bahawa dia ‘teringin’ nak naik troli di pusat beli belah itu.
Video
Tanpa berlengah, suaminya yang dikenali sebagai Weldan itu segera mencari ‘luggage’ paling besar dan kukuh untuk usahawan tersebut duduk di atas beg pakaian itu sebelum menolaknya sekeliling pusat beli belah.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen di video berkenaan. Ada yang terhibur melihat pemintaan wanita berkenaan. Namun ada juga yang menyatakan bahawa usahawan berkenaan mengada-ngada.
Makin pelik-pelik
Kenapa tak bawa wheelchair?
Orang lain mengidam makanan
Ni bukan mengidam ni
Terdahulu, usahawan ini pernah tular di media sosial selepas membeli dua kereta mewah secara ‘cash’ dan memujuk suami membeli Lamborghini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber : https://redaksi.com/
Leave a Reply