Berita Gembira Yang Masih Ditunggu. Akhirnya DS Hishammuddin Keluarkan Kenyataan Tentang Kebenaran Rentas Negeri.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual mengadakan pertemuan dengan tiga rakan Kabinet pada Selasa bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa end3mik.

Menurut beliau, tiga menteri yang akan ditemuinya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa end3mik.

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami. “Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Pertahanan di sini pada Isnin. Tambah beliau, penelitian juga akan diberikan kepada kelonggaran yang dipersetujui sebelum ini di mana ia perlu diperhalusi sebaiknya sebelum diumumkan kepada orang ramai.

Katanya lagi, agenda untuk memasuki end3mik turut diberikan perhatian. “Dalam konteks end3mik, bagaimana kita boleh cari jalan untuk hidup dengan COV!D-19 ini. Kita dah umuman bahawa pendekatan ini akan diputuskan pada hujung Oktober.

“Begitupun, pemikirannya perlu dibincangkan daripada sekarang dan itu merupakan sebahagian daripada agenda kita esok (hari ini),” ujarnya. Begitupun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan waktu dan lokasi pertemuan tersebut dan hanya memberitahu ia akan diadakan hari ini.

Hishammuddin dalam kenyataan pada minggu lepas memberitahu kerajaan sedang meneliti kelonggaran bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu.

Begitupun, katanya, dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, kelonggaran itu termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.

Sumber : BERNAMA via SIAKAP KELI

Lembah Klang dah beralih kefasa 2 ppn. Terkejut rupanya hanya 2 sjr ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.

Ini perkara yang dibenarkan kepada individu lengkap dua dos vaksin di Lembah Klang. *Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP);

*Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri; * Ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;

* Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin; * Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;

* Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium; * Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan * Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.

Hanya 2 SJR di daerah Petaling ditutup, lain masih dikekalkan

Petaling Jaya: Dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini ditutup berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini susulan pengumuman kawasan Lembah Klang beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua SJR yang ditutup itu adalah Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram yang terletak di bawah laluan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Menurutnya, bagaimanapun lokasi SJR yang sedia ada akan terus dikekalkan iaitu Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang. “Polis Daerah Petaling Jaya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PPN Fasa 2.

“Orang ramai juga diingatkan tidak terlalu leka dengan beberapa pengumuman kelonggaran yang diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, kerjasama erat daripada semua lapisan masyarakat amat diharapkan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Lepas je Ismail Sabri umum boleh rentas daerah antara Kl Putrajaya dan Selangor. Terkejut bila warganet mula luahkan ini di laman fb Ismail Sabri.

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan itu akan menikmati kelonggaran sama dengan negeri-negeri yang sudah memasuki Fasa 2 sebelum ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan kepada individu sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain kebenaran merentas daerah ialah pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Komen warganet:

Rata rata komen warganet di laman Facebook Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kerana memberi kelonggaran tersebut untuk Lembah Klang. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana kes masih terlalu tinggi dan tanpa kelonggaran ini pun kelihatan rakyat mula membanjiri ibukota.

Ada juga komen yang mengatakan tidak sepatutnya diberi kerana gus4r ada yang tidak menjaga SOP kerana sudah bebas bergerak ke sana ke sini.“Macam mana dengan Penang? Kes capai 2000++ hari ni. Tiada plan tindakan dikemukakan. Penang cuma negeri kecil. Without a proper plan, it could be a catastrophe”

“Dato tlong la bg kelonggaran kepada suami yg ckup 2 dose teman isteri bersalin…kt kedai dh boleh mkn..xkn suami nk teman isteri bersalin kejap x boleh…mkn kt kedai bila2 masa boleh…teman isteri bersalin bkn slalu…sy hrap dato baca la komen sy…

“Assalam dato Ismail Sabri Yaakob nak tanya la. Kalau dh complete fully vaccine. Boleh tak bawa anak2 jalan2 masuk mall untuk dine in atau beli belah. Xlalu nak tinggal anak time cuti kat pengasuh. Pengasuh pun nk rehat juga . Dah tu anak² pun nk juga bersantai dgn parents diorg kat luar asyik memerap je kan. Boleh ke tidak??”

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI via ttk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.