Iqbal Mungkin Putus As4 Kahwini Vida. Ini Yg Cik B Cakap Dlm Live Dato Vida

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya iaitu Iqbal Zulkefli. Namun keputusan tersebut dipercayai tidak mendapat persetujuan daripada anak perempuan Vida iaitu Cik B.

Terbaru, di Instagram Story, Iqbal telah memberi respon berkaitan hubungannya dengan jutawan usahawan kosmetik itu.

‘Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak’

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal memaklumkan tidak akan lagi mem4ksa Datuk Seri Vida untuk berkahwin dengannya sekiranya wanita itu tidak serius dalam perhubungan mereka. Namun dalam masa yang sama, keputusan tersebut dipercayai dibuat demi menjaga marvah dirinya yang selama ini dlilihat telah mengimpikan untuk bernikah dengan usahawan terkenal itu.

Keputusan saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato’ Seri Vida sebagai isteri seandainya beliau sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak.

Tidak terhenti di situ, Iqbal menegaskan bahawa kisah percintaan bersama Vida dan perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga bukanlah tujuan marketing seperti yang disangka ramai. Iqbal mengakui, sepanjang mengenali Vida, dia tidak pernah menerima apa-apa pemberian atau barangan besar kecuali pakaian kerja.

Namun tidak dinafikan, banyak wang beliau telah laburkan untuk saya. Itupun, cara saya membalasnya adalah dengan menggantikan dengan lakukan jualan lebih 10 kali ganda setiap kali beliau keluarkan bajet untuk saya. Saya tidak pernah mencvri wang beliau.

‘Saya tiada masa untuk main-main’

Bagaimanapun, Iqbal mengakui masih menyayangi dan mencintai usahawan kosmetik itu namun redha sekiranya mereka tidak berjodoh. Menurut Iqbal, terlalu banyak pengorbanan yang dilakukannya demi memperjuangkan cintanya bersama Vida.

Namun, saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau di saat saya sakit, jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya.

Tidak terhenti di situ, Iqbal mengakui bahawa dia perlu menjaga Dato’ Seri Vida. Oleh hal demikian, dia meminta orang ramai supaya tidak memutuskan hubungan baiknya bersama usahawan kosmetik itu.

Saya tiada masa untuk main-main kerana saya juga ada tanggungjawab serius. Andai saya berkahwin dengan Dato Seri Vida, selamanya saya dianggap menumpang harta Dato Seri Vida meskipun saya yang menaikkan bisnes beliau di saat saat kerap kali jualan jatuh.

Saya tidak suka ungkitkan, namun terpaksa kerana tiada seorang pun berkata hal sebenar bagaimana saya telah berjuang untuk lakukan terbaik segalanya. Saya sendiri punya pendapatan sendiri walau tidak setinggi beliau. Cukup untuk saya miliki apa sahaja yang saya mahu.

Cik B masuk Live Dato Vida

Dalam pada itu Cik B, bertanyakan bila Iqbal mahu pindahkan duit 1 juta

Cik B juga keliru sama ada mahu panggil Iqbal sebagai Brother atau Father bila Dato Vida kahwin dengan Iqbal nanti

Dato Vida juga memberi peluang kepada Cik B untuk mengatakan sesuatu kepada Iqbal

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.