So sweet ucapan anniversary ke-11 Tengku Zafrul buat isteri, siap mengaku bukan nak bodek sebab tak dapat rai bersama – “Saya akan cari ikan bilis terbaik di Sabah”
SIAPA yang tidak kenal Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, selain memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, beliau juga aktif bersenam dan bersukan.
Dalam kesibukan menggalas tugas anggota Kabinet, beliau juga seorang yang sweet apabila meluahkan kata-kata romantik buat isteri tersayang, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Kata-kata penuh bermakna itu dizahirkan sempena meraikan hari ulang tahun perkahwinan ke-11 mereka, pada Ahad.
“Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kesebelas. Sungguh cepat masa berlalu. Hari akad nikah kami rasanya seperti baru semalam.
“Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan isteri saya, yang juga ibu dan tunggak terbaik buat keluarga kami. Every day with you is a blessing, Alhamdulillah,” tulis Tengku Zafrul di lamanInstagram beliau, petang Ahad.
Menyifatkan ‘Setiap kejayaan lelaki, ada wanita di belakangnya’, Tengku Zafrul berkata, tanpa pengorbanan seorang isteri mana mungkin seorang suami dapat mengejar cita-citanya.
“Terima kasih Dina kerana sentiasa memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi terutama dengan ketiadaan saya yang kerap akibat tanggungjawab rasmi, dari dulu sampai sekarang,’” katanya.

Tengku Zafrul turut berkongsi beberapa foto pernikahannya bersama isteri dalam persalinan serba putih, 11 tahun lalu.
“Dina, thank you for saying yes, thank you for being the pillar of our family and above all, for accepting me for who I am and who I aspire to be.
“Dan sudah tentu terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih ‘berisi’ dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang,” tambahnya.
Beliau turut memohon maaf kepada isteri kerana tidak berpeluang untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan pada Ahad kerana tuntutan tugas rasmi.
“I am sorry I can’t be with you today due to official duties, tapi Insya-Allah saya akan cari ikan bilis yang terbaik di Sabah untuk kita cuba!” katanya.
Tengku Zafrul yang merupakan bapa kepada empat cahaya mata itu bagaimanapun menegaskan bahawa luahan dan ucapan istimewa buat isteri adalah tulus ikhlas.
“Semua ini adalah tulus dari hati dan bukan sekadar ucapan manis untuk bodek isteri kerana tak dapat celebrate anniversary,” katanya.
Rakyat mohon pengeluaran KWSP 10K
Walaupun sudah 3 kali kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP sebelum ini akibat pand3mik C0v!d.19, masih ramai lagi di kalangan penyimpan mahukan pengeluaran seterusnya. Simpanan untuk hari tua ini nampaknya semakin diperlukan selepas ramai yang terjejas dan hilang punca pendapatan.
Pihak kerajaan bagaimanapun dilihat masih tidak mempunyai niat untuk meluluskan pengeluaran seterusnya. Ini kerana mereka tidak ingin melihat rakyat bergantung kepada simpanan hari tua sepenuhnya.

Itulah apa yang dirasakan rakyat Malaysia apabila melihat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isterinya
Luahan pengeluaran KWSP RM10k itu disuarakan rakyat Malaysai di ruangan komen Facebook milik Tengku Zafrul. Berikut adalah komen dari netizen yang dapat dilihat.


Sumber: Mstar dan ohmedia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: https://printlyrics.net/
