Bapa baru meningg4l, tiga beradik sempat buat video trend TikTok sebelah jenaz4h – “Aku tak boleh brain…”

SIAPA yang tidak sedih apabila insan tersayang meningg4l dvnia? Macam-macam cara dibuat untuk meluahkan kesedihan termasuk berkongsi perasaan menerusi platform media sosial.

Namun kec0h apabila satu video menunjukkan tiga gadis dipercayai adik-beradik membuat rakaman di sebelah jenaz4h bapa mereka.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, ia menunjukkan trend ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan di media sosial.

Rakaman ‘sebelum’ pada Oktober 2021 menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang menari ketika duduk, dan seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.

Ia disusuli rakaman ‘selepas’ iaitu pada Februari 2022 di mana ketiga-tiganya memakai tudung dan berjubah dengan kedudukan sama, namun kali ini berdiri bersebelahan dengan jenaz4h bapa mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Di akhir video, ketiga-tiga mereka kemudian berpaling ke arah jenaz4h yang telah ditutup dengan kain kap4n.

“Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya papa pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di ICU (unit rawatan rapi).

“Semoga syurga tempatmu papa bersama para hambaNya yang soleh. Amin,” tulisnya menerusi keterangan video, tanpa mended4hkan lokasi rakaman.

trend tiktok jenazah ayah 3

Tangkap layar video mengikut trend media sosial ‘sebelum dan selepas’.

Berdasarkan semakan, bapa mereka menghidap kans3r tahap empat dan sebelum ini menjalani kem0terapi.

“Hargailah mereka selagi ada. Sakit dan sedih yang terdalam. Terima kasih Allah berikan kami ayah terhebat! Kami akan menyusulmu. Al-Fatihah untuk papa,” tambahnya.

Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si m4ti di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal pagi Isnin itu menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen menyifatkan rakaman bersama jen4zah yang dibuat mengikut trend media sosial itu sebagai tidak sensit1f.

“Macam mana boleh teringat nak video ni waktu tengah sedih.”

“Aku tak boleh brain, dia mampu buat TikTok kat sebelah jenaz4h.”

“Ayah saya meningg4l bulan 10 tahun lepas. Tak pernah terfikir nak buat macam ni. Nak tengok gambar-gambar dia waktu sakit atau sihat pun saya tak mampu lagi,” demikian antara komen-komen netizen.

Susulan dikec4m ramai, video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan daripada akaun TikTok yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah meningg4l dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.

“Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si m4ti di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.

“Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.

“Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizinan pihak keluarga serta menjaga aib si m4ti,” menurut penjelasan ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 540: Hukum Merakam Video Orang Yang Meningg4l Dunia?’

Antara komen-komen netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: mstar