Lupa ‘mic on’ Tokti gelak terus terkejut, “Tokti dah makin kelako, Ajai pun gelak”

Rancangan yang masih hangat menjadi perhatian, Big Stage musim keempat yang bersiaran pada setiap Ahad nampaknya setiap minggu mencvri tumpuan penonton dengan nyanyian peserta.

Seperti yang dapat ditonton pada musim ini, Big Stage 2022 dimeriahkan dengan pengacara gandingan antara Sherry Alhadad dan Alif Satar namun tak kurang juga dengan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai.

Boleh dikatakan penonton juga ternanti-nantikan mereka di Big Stage 2022 yang mana kecomelan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti juga antara yang menghiburkan peminat.

IMG_20220216_085917

Lebih menghiburkan juga apabila di ruangan Tiktok, Tokti tular di aplikasi tersebut apabila dalam satu rakaman video yang menunjukkan dia terkejut disaat ingin memberikan markah kepada salah seorang peserta.

Reaksi terkejut Tokti itu sebenarnya terjadi apabila dia terlupa mic on selepas tergelak. Sehingga gelagatnya itu dalam pada masa yang sama menghiburkan ramai dengan ditonton lebih sejuta kali.

@sitizoner Siti lupa tutup mic #fyp ♬ bunyi asal – Sitizoner

Gelagat comel Tokti bagaimanapun turut mencuit hati ramai pengguna Instagram apabila Tokti juga ada berkongsikan video itu disamping mengundang ada juga yang mengulang tayang video lucu tersebut.

“Ulang ulang tengok biar Tokti terkejut banyak kali”

Tokti

“Hahaha sendiri gelak sendiri terkejut”

IMG_20220216_091907

Tokti

“Comel terkejut tu”

Tokti

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: HCL