H1na sangat ke status j4nda? Tiga kali dis3rbu jabatan agama kononnya berkhalw4t, ibu tunggal cekal hadapi ‘jiran pu4ka’

STIGMA masyarakat tentang j4nda tidak pernah berubah dan kebanyakan mereka yang ‘memegang’ status itu sering kali dih1na atau dipandang rendah oleh masyarakat.

Seperti yang dialami Mira, dia acap kali berhadapan dengan penghina4n termasuk dikatakan bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya di Tangga Batu, Melaka yang didiami bersama lima anaknya.

Menerusi video 9 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya, dia memaklumkan kediaman yang sudah didiami kira-kira 14 tahun itu dis3rbu Jabatan Agama Islam pada pukul 12.30 tengah malam kerana menerima aduan berkaitan khalw4t.

Video yang mendapat jumlah tontonan hampir 900,000 itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya menyarankan ibu tunggal berusia 40 tahun ini mengambil tindakan sam4n m4lu.

“Buka fail sam4n m4lu, diaorang boleh dikenakan tindakan meny3rbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan p4lsu.

“Tanpa warant tak boleh masuk rumah. Boleh charge mencer0boh.

“Sam4n m4lu dan s4man fitn4h ja.. kurang aj4r buat orang macam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Boleh sam4n balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main s3rbu premis individu macam ni,” demikian antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang berkongsi kisah sama apabila pernah difitn4h seperti itu.

Bercerita tentang kejadian yang berlaku pertengahan Januari lalu itu kepada mStar, Mira berkata serbu4n tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.

“Kali pertama semasa saya balik kampung, serbu4n waktu siang… ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta.

Penguatkuasa sedang bersoal jawab dengan anak Mira yang berada dalam rumah tersebut.

Penguatkuasa sedang bersoal jawab dengan anak Mira yang berada dalam rumah tersebut.

“Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.

“Pada masa tu, serbu4n pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik,” rintihnya sedih dengan apa yang menimpa.

Menurutnya lagi, dia kec3wa dengan cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar kerana merasakan mereka boleh mengepvng dan mengetuk pintu belakang yang tiada pagar.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan dia dan anak-anak mendapat m4lu berikutan van putih besar yang diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran.

Surat kompaun yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu

Surat kompavn yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu.

Bercerita tentang masalah yang dialami, wanita berusia 40 tahun ini memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.

Ini kerana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yang sering mencetuskan pergadvhan.

“Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegvr salah dia tapi dia cari kesalahan kita.

“Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Masa tu saya tanya kenapa dorang tak habis-habis cari pasal dan mereka balas ‘aku nak engkau keluar dari kawasan perumahan ini’.

“Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena komp4un RM1,000,” ujarnya.

Apabila diajukan sama ada dia pernah bersemuka dengan jiran tersebut, katanya, ia tidak pernah dilakukan berikutan pertengk4ran sering tercetus.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima orang anak ini memberitahu, dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka mengganggu.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bersabar dan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok.

Komen Netizen :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Mstar