“Kaki Saya Dah Bengk4k” Ustaz Kazim Ded4hkn Sudah Rujuk 6 Doktr Pakar Tapi Semuanya Berikan Jawapan Yang Sama.

Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias memberitahu masih meneruskan rawatan bersama enam doktor pakar bagi meraw4t sakit mist3ri yang dialami sejak tahun lalu.

Kata Ustaz Kazim, 49, biarpun penyakit mist3rinya gagal dikesan, beliau tetap istiqamah dan berikhtiar untuk meneruskan rawatan moden dan alternatif.

“Alhamdulillah saya masih meneruskan rawatan di hospital setakat ini dengan enam doktor pakar. Mereka sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti peny4kit yang saya hadapi.

“Memang jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan seperti yang dijangka tapi saya mengikut prosedur mereka semua untuk membuat MRI, ambil darah dan sampel spesimen.

“Jadi bila mengatakan tidak ada peny4kit dan tidak diketahui tidak ada masalah, saya okey dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan itu ketika ini.

“Bagaimanapun, dengan doktor saya tetap membuat rawatan dan ada lagi pemeriksaan susulan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh.

“Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas padahal saya sudah buat semua prosedur termasuk dua tiga bulan jalani pembedah4n,” katanya kepada Gempak.

Ustaz Kazim ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah pada Rabu.

Menceritakan semula keadaan ketika kakinya dibed4h sekitar hujung tahun lalu, kata Ustaz Kazim doktor tidak menemui sebarang masalah. Malah, tiada darah atau nanah yang keluar ketika dibed4h.

“Sebab kaki saya dah bengk4k maka saya izinkan doktor untuk membel4h dan memeriksa keadaan saya.

“Bila dibel4h tidak ada darah dan nanah. Bukti video saya ada tetapi masalahnya hendak tunjuk kepada media takut dikatakan cari propa (propaganda).

“Itu yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar. Malah ada juga rakaman video di mana kaki saya dibedah tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah dan bila lvka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini,” tambahnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkvng dan uzvr.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderita4n yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

Sumber : gempak.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://liveconnection24.com/