“Cintanya Dibawa Bersemadi…”- Kisah Cinta Arw4h Sudirman & Bekas Isteri Yang Ramai Tak Tahu!

Setelah puas berteka-teki dan mencari, kini ramai yang amat yakin bahawa seorang ibu yang bernama Kamariah Jamaludin, merupakan bekas isteri Sudirman Haji Arshad yang menghilang diri tanpa berita sejak pence.raian mereka pada 25 Mei 1984. Apa yang membuat keyakinan tersebut bertambah menebal ialah ciri-ciri, pendidikan dan latarbelakang Kamariah yang hampir 99 peratus sama.

Beliau lahir pada tahun 1954 iaitu sama tahun dengan arw4h Sudirman, Bersekolah di Primary School di Mentakab, Methodist Girls Secondary School dan Sekolah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang. Lebih menguatkan fakta, beliau juga mempunyai Bachelor’s degree, majoring dalam Anthropology dan Sociology daripada University Malaya apabila berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1974. Malah beliau juga pernah bekarja di Petronas sebagai seorang eksekutif.

Namun apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa beliau mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengakui sebagai bekas isteri penyanyi terkenal itu? Apakah beliau malu? Tidak mahu ditu.duh sebagai mengambil kesempatan @ menumpang populariti? Ada rahsia besar antara dia dan Sudirman? Atau mungkin ada sesuatu yang sukar untuk beliau jelaskan kepada seluruh peminat Sudirman?

Apapun alasan tersebut, kita seharusnya tabik dan menghormati pendirian beliau yang merendah diri demi maru4h semua pihak. Bak kata pepatah, seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi. Ini kerana, masanya mungkin akan tiba jua untuk beliau sendiri menjelaskan dan menceritakan siapa diri beliau yang sebenarnya termasuk rahsia yang beliau simpan selama ini. Insa’Allah..!

Kisah Cinta Sudirman & Kay

PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad.

Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine – 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.

Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.

Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan pencerai4n pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.

Sudirman merakamkan keduka4nnya melalui pahit getir pencer.aian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah berce.rai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahy4rham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perp.isahan antara mereka. “Apabila cer.ai dilafa.zkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perce.raian Sudirman dan Kay.

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi sa.ksi ketika dia melafazkan cer.ai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.

Noorkumalasati berkata “Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik ce.rai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertan.gisan. Air mata tidak dapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayu menyaksikan peristiwa itu.”

Noorkumalasari tidak dapat menahan seb4k, seterusnya turut men4ngis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari memuji caranya yang begitu gentleman.

Noorkumalasari berkata lagi : “Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahan diri Sudir itu jelas ketara.

“Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarh4m dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahy4rham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarh4m bersikap begitu?”

Noorkumalasari ada menasihati Allahy4rham agar menerima hakikat hidup. “Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahy4rham menanggalkan cincin itu daripada jarinya,” cerita Noorkumalasari lagi.

Sumber :http://www.myartis.com/

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.malaysiatime.me