Dengan Sekali Lafaz, Zulin Aziz Sah Isteri Farhan Norzaini

Tepat jam 9.20 pagi, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri. Tahniah!

Alhamdulillah, dah sah!

Mengenakan busana pengantin berwarna putih, Zulin dan Farhan kelihatan sama cantik, sama padan tatkala hadir di Masjid Negara pagi tadi. Majlis yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat itu menyaksikan Zulin menerima mas kahwin sebanyak RM80 tunai.

Majlis tersebut juga menyaksikan abang kandung Zulin sebagai wali. Rata-rata netizen yang menyaksikan siaran ‘live’ di Instagram Zulin, mengucapkan ucapan tahniah buat mereka dan berharap jodoh pasangan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Semalam, Zulin dan Farhan telah mengadakan majlis malam berinai. Majlis tersebut dihadiri kenalan rapat seperti Lufya dan Dayana Roza. Difahamkan Zulin dan Farhan mengadakan majlis tersebut secara berasingan.

Terdahulu, pasangan ini bersepakat memilih tarikh ‘cun’ iaitu 20 Februari 2022 sebagai tarikh untuk majlis akad nikah. Keputusan tersebut dibuat setelah mereka mengenali hati budi masing-masing selama dua tahun.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Oh Bulan