
Dalam kalangan adik beradik, pasti akan ada yang sering bergurau senda dengan ahli keluarga yang lain serta sering dianggap sebagai penghibur dalam keluarga. Macam situasi yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat si abang yang mencuit hati netizen dengan reaksinya ini.
Dalam masa yang sama, ramai pula yang sebenarnya selalu melalui situasi yang sama dengan abang mereka dan memahaminya. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.
@masitah_alyan Sejenis abg tak guna memang mcm ni 😂 gurau adik beradik.. #fyp #siblinggoals ♬ original sound – Masitah Al Yan
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan gelagat lucu si abang semasa dia datang memberikan makanan di tempat kerjanya. Sebaik sahaja gadis itu menyerahkan makanan itu, lelaki itu mengambilnya dalam keadaan yang marah.
Lelaki itu juga sempat berseloroh kononnya tidak berpuas hati apabila gadis itu merakamkan gelagatnya itu. Dalam masa yang sama, gadis itu turut sama berdekah melihat reaksi lelaki itu yang seperti mereka yang mahu mencari gaduh sahaja.
Dia juga mengusik lelaki itu gara-gara tidak mengucapkan terima kasih kepadanya namun langsung tidak dilayannya. Melihatkan gayanya ini, ramai pula netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama apabila sering menjadi mangsa usikan adik beradik yang lain.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka ini. Malah ada yang berseloroh gaya lelaki itu kelihatan seperti ingin bergaduh sahaja dengan gadis tersebut.
“Aku sebagai seorang abang sebenarnya itu tandanya abang dia sayang dia sangat-sangat.”
“Sama macam abang aku.”
“Abang memang nampak garang tapi penyayang.”
“Datang-datang je tak pasal-pasal kena, menda kau?”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: https://himpunanceritalawak.com/