“Ombak & Angin Trlalu Kuat..” – Percutian Bertukar Tr4gedi, Ramai ‘Trsangkut’ Di Pulau Perhentian

Gara-gara hujan berterusan, angin kencang dan ombak besar yang melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur ketika ini telah menyebabkan ramai pelancong terperangkap, terutamanya di Pulau Perhentian.

Menurut laporan Utusan TV, seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi telah terkandas di Pulau Perhentian sejak hari Jumaat yang lalu.

TikTokSumber : TikTok Astro Awani  

Ujar Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah, keadaan laut yang bergelora dan angin kecang telah menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau itu dihentikan buat sementara waktu.

@501awani Situasi pagi tadi di Pulau Perhentian Kecil #TrendingNewsMalaysia #BeritaDiTikTok ♬ Arrival to Earth – Steve Jablonsky

Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semua selamat dan baik.

Jelasnya lagi, para pelancong yang terjejas akan dibawa pulang ke tanah besar pada hari ini dan segala perancangan ke arah itu bergantung kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

“Jika keadaan mem4ksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini.” katanya Abdul Aziz.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

SUMBER : Utusan TV