“Saya Dan Isteri Mengucapkan Berbilion Terima Kasih,” – Zalif Sidek Naik Pelamin, Kini Bergelar Suami

Pelakon Zalif Sidek,36, selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Anis Marzuki, 24, pada 26 Februari lalu.

Majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan Pahang.

Berkongsi sekeping foto pada hari bahagianya, Zalif menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

“Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahhim. Syukur Alhamdullilah KpdMu Ya Allah. One of My Greatest Decisions in My Life is My Love Wife @anismarzuki.

“Saya dan isteri mengucapkan berbilion terima kasih atas kehadiran jemputan, doa , ucapan tahniah yang diberikan oleh semua keluarga kami, saudara mara, sahabat handai & semua.

“Maaf saya tak sempat nk balas semua lagi. Insyaallah balik KL nanti saya balas semua ya,” tulis Zalif pada ruangan kapsyen sambil memberikan kredit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Terdahulu media melaporkan, Zalif pada awalnya mahu hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri. 

“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” katanya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.mediahiburan.my/