Lelaki Semangat Berlari Sampai Tak Perasan Member, “Boleh Tak Nampak Ek…”

Tak dinafikan ada masanya agak sukar untuk mengenal muka seseorang semasa memakai topeng muka gara-gara separuh muka yang ditutup ini. Sama juga macam situasi yang berlaku pada lelaki ini yang hampir sahaja terlepas rakannya sendiri yang berada di hadapan matanya.

Situasi ini turut membuatkan ramai yang berdekah melihatnya ditambah pula dengan gelagat yakin lelaki itu yang berlari melepasi gadis tersebut. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

@iits.rosee Lah qhisau la taknampak membe 😭 #trend ♬ original sound – rosee🌸

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang dilihat sedang berlari sambil dirakamkan rakannya ini. Menurutnya, lelaki itu ingin mengambil nasi yang diberikan oleh mereka ini tetapi lain pula yang berlaku.

Dalam masa yang sama, kelihatan seorang rakan gadis mereka yang membawa bungkusan nasi itu untuk diserahkan. Namun entah bagaimana, lelaki itu tidak sedar kehadiran gadis di depannya itu dan terus berlari melepasinya.

gadis

Lebih melucukan, dia kemudiannya berhenti secara terburu-buru selepas sedar gadis yang di depannya itu adalah rakannya sendiri. Situasi ini turut membuatkan rakan-rakan lain ketawa besar melihatnya apabila lelaki itu tidak mengenali gadis tersebut yang sudah lama berada di situ.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga lelaki itu tidak terus berlari dan membiarkan gadis itu terpinga-pinga seorang diri.

“Yang ini kelakar, saya tergelak. Tak tipu.”

lelaki

“Boleh tak nampak member ek.”

berlari

“Mesti member dia fikir betul ke aku ni di atas muka bumi.”

komen

“Dia ingat tengah merentas desa ke.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: HCL