Love! Heroin-Heroin Kampong Pisang Universe! Berbakat, Cantik, Tertarik Menarik Memang The Bomb!

Karya terakhir Allahy4rham Mamat Khalid iaitu filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali telah pun menemui penonton sejak 3 Mac lalu.

Istimewanya lagi naskhah tersebut mendapat sentuhan dan disempurnakan sendiri oleh anak Allahyarham Mamat Khalid, Amen Khalid.

Bagi pengikut setia Kampong Pisang, anda pasti mengenali watak-watak ikonik yang diketengahkan Allahyarh4m Mamat Khalid.

Antaranya yang paling dikenali adalah Husin, Usop, Pak Jabit, Yeh Sekupang, Amy Mat Piah dan Berkoba.

Namun jangan dilupakan juga karakter-karakter wanita yang pastinya melekat di ingatan penonton.


Aha! Ini dia heroin baru yang muncul dalam Kampong Pisang! Cantik dan menawan sungguh ya Datin Paduka Eina Azman.

Bukan hanya pandai memasak dan menyanyi malah Eina juga menunjukkan bakat bersilat serta menari ya! Nak tahu apa watak Eina? Ehem kena lah tonton Kampung Pisang Berbuah Dua Kali di Astro First tau.

 

#Ummi Nazeera – Hantu Kak Limah Balik Rumah

Lemah lembut, senyuman manis Cik Nin berjaya membuatkan ramai lelaki cair. Namun terdapat peristiwa yang membuatkan Pak Jabit geram dengan nasib menimpa anak gadisnya ini.

Pasti penonton setia ingat bagaimana babak Pak Jabit menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampong Pisang hanya kerana dia memutuskan ikatan kasih dengan anaknya kan?

 

 

 

 

#Nazeera Sardi – Kampong Pisang Bersiri-Siri

Nazeera Sardi membuka dimensi baru dengan memegang watak sebagai Cik Cun.

Imbas kembali wataknya, Cik Cun merupakan seorang budak kampung yang berwawasan tinggi. Dia bersama ibunya suka berniaga dan buat kelainan sehingga disukai ramai penduduk kampung.

Untuk pengetahun, Nazeera juga berasa gembira kerana keinginannya untuk berlakon di bawah arahan Mamat Khalid tercapai.

 

#Uqasha Senrose – Hantu Kak Limah

Tidak hanya memiliki paras rupa yang jelita, Uqasha juga sangat berbakat dalam bidang lakonan.

Dengan memakai kostum gadis bunian dan rambut palsu untuk menjiwai watak tersebut, pemilihannya sebagai Eton atau Puteri Bunion memang tepat!

Tak hairanlah Uqasha dipilih untuk beramsi dalam filem Hantu Kak Limah yang juga francais keempat kisah Kampung Pisang.

 

#Ezlynn – Zombi Kampong Pisang

Filem yang ditayangkan pada 19 April 2007 ini menyaksikan Ezlynn melakonkan watak sebagai Maimun.

Mesti penonton ingat gaya ikonik Maimun yang sentiasa berlipstik merah dan berbaju kebaya kan? Kena pula suaranya sewaktu memangil Husin… Husin… hehe.

 

Siti Elizad – 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kiambang, itulah nama watak Elizad yang merupakan watak istimewa dalam filem tersebut.

Cantik berbaju kurung Kedah dan berkain sarung, Kiambang pastinya wanita kampung cantik yang menjadi idaman lelaki.

 

Kaka Azraf – Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Kaka sangat teruja apabila dapat bergandingan bersama Datuk Awie.

Kaka juga pernah melahirkan ucapan penghargaan kepada Allahyarham Mamat Khalid kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagain daripada francais Kampong Pisang kerana dia merupakan peminat sejak awal lagi.

Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.