Aksi Sempoi Atok Menyanyi Bikin Terhibur, “Betul2 Legend”

Bakat menyanyi dan menghiburkan orang dalam masa yang sama tidak dimiliki oleh semua orang. Jika tidak berbakat, bila nak menghiburkan orang lain memang akan menjadi susah.

Baru-baru ini satu rakaman seorang lelaki yang agak berusia menyanyi dan dalam masa sama aksinya itu telah membuatkan ramai terhibur telah mencuri perhatian warganet.

 

Dalam rakaman yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun afieragoes kelihatan seorang lelaki sedang menyanyi karaoke di sebuah tempat umum.

Namun apa yang telah mencuri perhatian warganet apabila gaya dan aksi sempoi atok menyanyi ini telah membuatkan ramai tertarik. Memang lain macam gayanya itu! Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

@afieragoesAda yg kenal ?♬ original sound – Afierariana Agoes

Boleh tahan menghiburkan pak cik ini! Lincah pula tu dia berjoget. Apa-apa pun perkongsian rakaman aksi sempoi atok menyanyi ini memang membuatkan ramai terhibur.

Malah video tersebut telah meraih lebih 232 ribu tontonan dan 4,700 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Suka tengok lompatan dia. Betul2 legend ayahnda ni”

Aksi Sempoi Atok Menyanyi 4

“Aku risau sapa pi jalan belakang dia haha”

Aksi Sempoi Atok Menyanyi 3

“Kalau nak terbang mesti nyanyikan lagu ni je ker. Dari 5 tahun dulu”

Aksi Sempoi Atok Menyanyi 2

“Pak Ali lejen ni. Syuib pernah bawak karakter ni dalam Rock Bro”

Aksi Sempoi Atok Menyanyi 1

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber:  HCL