Isteri Johan, Ozlynn mendedahkan suaminya telah berhasrat untuk menimang cahya mata seorang lagi.
Ujarnya, di serta suami memang gemarkan anak ramai namun haruslah seimbangkan perhatian dan tanggungjawab agar sama rata.
“NYAWA… selalu jumpa makcik2 mesti dorg akan ckp.. bagus muda2 dh anak berderet.. tp kalau tanya laki aku jawapan dia “Sayang, kalau u pregnant lagi mesti best kan.. skali dpt girl.. dah cukup dpt 3 laki 3 pompuan..” dlm hati aku.. “ehh ehhh org tua nih.. dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dpt tekap dpt..” ”
“Kalau nak ikutkan 7org dh anak ktorg.. 2 dh standby tunggu ktorg.. xde rezeki nak peluk kt sini.. korg suka x anak ramai.. aku suka.. tp tanggung jawap kena seiring la.. jgn reti beranak jek pastu anak terbiar.. pantang betul aku..utk aku nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu.. ”
“Ada org ckp anak nih pun rezeki jugak.. iyeee anak rezeki.. so kena jaga.. tanggungjwp kita bukan setakat besarkan, bg makan pakai.. tanggungjwp kita besar.. sb anak2 nih wujud sb kita yg nak.. so Allah bg.. jgn diabaikan.. nak mendidik kita perlu membimbing.. bukan mengarah.. byk aku belajar.. ”
“Setiap anak byk benda baru aku dpt.. dgn anak la aku belajar segalanya.. semakin hari semakin positif dan kami belajar utk jadi yg lebih baik.. penat?? Yes!! Tapi berbaloi.. aku happy, bersyukur!”
“So saja la nak tanya.. kalau korg la kan.. patut ke aku dgr ckp laki aku suh ngandung lagik.. aku kalau boleh xmo umur 50.. anak aku masih skolah lagik..aku suka pikir byk benda.. mcm sempat ke tgk anak kawin.. 🤣🤣 tah pape tah kan aku.. ke korg pun sama?? Share la..”, kongsinya.
Sekadar perkongsian, Ozlynn dan Johan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Sumber: Instagram Jozlynnhanania
Leave a Reply