“Berlakon Tak Ada Gaji Tetap..”, Riena Diana Berniaga Sebagai ‘Backup Plan’..

Peminat drama komedi Kampung People pastinya mengenal watak Lailerr yang dibintangi oleh Riena Diana.

Selain berlakon, Riena Diana juga turut aktif dalam bidang perniagaannya sendiri iaitu Mariposa.

Ujarnya, kerjaya sebagai seorang pelakon tidak mendapat gaji yang tetap. Justeru dia perlukan ‘back up plan‘ untuk penyelamatnya di masa depan nanti.

“Saya pernah terfikir andai kata suatu hari nanti dah tak ada tawaran berlakon.”

“Sebab tu saya jalankan perniagaan Mariposa sebagai ‘back up’. Tapi tulah perniagaan pun ada naik turun juga.”, ujarnya.

 

“Kita tak boleh jangka apa yang akan jadi nanti. Mana tahu bukan rezeki saya untuk bertahan lama dalam industri seni ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal menekankan betapa pentingnya untuk mempunyai simpanan masa depan.

“Sebenarnya penting untuk ada simpanan. Terutamanya seorang pelakon sebab tak ada gaji tetap berbanding yang bergaji setiap bulan.

 

“Macam saya akan bahagikan duit mengikut keperluan dan kehendak.

Dalam masa yang sama, Riena turut akui dirinya kuar berbelanja namun sekarang dia cuba mengawal nafsvnya itu agar tidak keterlaluan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🦋 Mariposa 🦋 (@rienadiana_) on

“Saya ni dah la ‘shopaholic’. Masa awal berlakon dulu lagi la pantang dapat duit saya akan habiskan.

“Sekarang ni dah ada kesedaran. Saya akan tanya dekat diri dulu sama ada penting atau tidak,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Riena Diana

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.