
Beberapa hari yang lepas, Dr Fitri Haris telah memaklumkan bahawa dia serta isteri akan terbang ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Lantas, Haris turut memohon maaf andai ada tersalah silap dengan sesiapa. Perkara itu dikongsinya menerusi laman Instagram miliknya.
“Bismillah .. pohon kemaafan segala kesilapan .. jalalkan makan dan minum.. doakan permudahkan urusan umrah kami.. moga Allah pelihara kebaikan semua amin š„°š„°”, tulisnya.Ā
Malah, usai sampai disana, Haris turut berkongsi momen-momen yang sempat dirakam sepanjang berada disana.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar perjalanan Haris serta isteri selamat dan mendoakan agar mereka mendapat umrah yang mabrur.
Sekadar perkongsian, Fitri Haris telah mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya pada bulan Disember yang lalu.
Sumber: Instagram Dr Fitri Haris
Leave a Reply