Bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya lelakinya, Raphael yang kelima, penyanyi Nourul Depp ada berkongsi cerita saat melahirkan anaknya itu.
Kongsinya, dia terpaksa melakukan pembedahan untuk melahirkan Raphael kerana tidak berdaya untuk melahirkan secara normal.
“#raphaeldepp turns 5! .
Masa ni (5:10pm) baru ja dia keluaq dari bilik opération kat Princecourt nu. Ya. Dengan si anak lelaki kedua ni kami kena belah pequt (perut) .
Dia pun keluaq awai. 34 minggu dia haqu nak tengok dunia dah! Kami kena placenta previa kat dia. So dia merasmikan keluaq kot tingkap 🤪 .
Apa apa pun tak kisahlah. Janji selamat. Masa tu punya lah risau kali pertama nak kena bel4h pequt. Pen4kut nak mampuih 🤣 .
Doktor aziz kata bersedia na. Memang kena sedia lah. Mana boleh paksa nak normal. Sat lagi naya ja tempah kain kapan kami. Nauzzubillah… .
Ada ibu yang deg1l na bila dia tau dia ada ondition macam kami contohnya; dia takmau operate. Paksa jugak nak normal. Ada kes samada anak pi dulu atau mak dia yang gol. Jaga na. Jangan tak dengaq cakp doktor. Depa lagi tau. .
Alhamdulillah okay ja pun operate. Raphael dah 5 tahun dah. Syukur Alhamdulillah bersyukur sangat2 dengan kesihatan dan segala yang Allah bagi pada kami, pada Raphael dan sekeluarga. 🙏🏻 .
Awat hang putih sangat ?! 🤪🤣😆 bila bawak berjalan orang tengok especially di france 🇫🇷😂. Depa kata kami maid dari sri lanka 🇱🇰🤣🤣🤣 .
Happy birthday Raphael. Mama love you”, kongsinya.
Dalam pada itu, di ruangan komen para peminat memuji wajah comel Raphael yang manis dan comel.
Terdahulu, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai 25 Disember 1996 dan berc3rai pada 28 Februari 2007.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Kemudian Nourul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Sumber: Instagram Nourul Depp
Leave a Reply