
Ippo Hafiz atau lebih terkenal dengan jolokan Raja Runut Bunyi memberitahu berita ge,bira menerusi laman Instagramnya.
Menurutnya, isteri Fara Roslan kini telah disahkan hamil dan usia kandungannya telah mencecah usia tiga bulan.
“Tengok ippo tengah gosok baby ni👶
Alhamdulillah dah nak masuk bulan ke 3.
Minta doakan Semoga rezki lagu-lagu ippo bersinar & meletop dengan kehadiran Cinta ini❤️. ”
“Lepas ni kami berempat & Amanda dapat geng adik👨👩👦👦. Terima kasih sayang atas segalanya. Nanti abang bagi banyak hadiah🥰 okay sekian jom layan #SeadanyaAku di TV3″, kongsinya.
Di ruangan komen, rata-rata para peminat mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat pasangan sejoli itu.
Terdahulu, Ippo Hafiz telah mendirikan rumah tangga bersama Fara Roslan pada 24 Ogos ynag lalu.
Pasangan ini turut memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Cinta Rizky Amanda yang dijaga sejak dilahirkan.
Sumber: Instagram Ippo Hafiz
Leave a Reply