Setelah beberapa lama berehat dari sat penggambaran, pelakon dan pengacara Elfira Loy akui agak keberatan meninggalkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf di rumah untuk keluar bekerja.
Ujarnya, dia sudah terbiasa kerana sejak lahir, dia yang menguruskan anaknya di rumah.
“Saya rasa lebih ‘selfish’ sekarang ni. Saya berat hati nak pergi bekerja sebab selepas sembilan bulan saya hamilkan Rayyan, saya yang menguruskannya sendiri.”, ujarnya.
“Itu adalah masa yang terbaik apabila kami dapat menghabiskan masa bersama di rumah, sepenuhnya dijaga oleh saya.
Tambahnya lagi, Rayyan juga ‘mengajar’nya untuk lebih menepati masa dan berdisiplin.
Namun begitu, Elfira Loy mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam inudstri seni kerana baginya dia sudah lama berehat dari aktif di dunia hiburan.
“Sebenarnya saya tak nak lama berehat… Sampai bila kan. Mula dari kahwin lepastu mengandung dan dah dapat anak.
Ulasnya, dia sudah bersedia untuk menerima apa-apa kerja dan hanya menunggu mana-mana tawaran sahaja.
“Saya tak kisah sama ada tawaran yang datang itu untuk berlakon ataupun mengacara,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Khairol Faris Anuar dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf.
Sumber: Instagram Elfira Loy
Leave a Reply