Drama rantaian, Cindai yang telah pun melabuhkan tirai sejak beberapa hari yang lalu telah berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Menampilkan barisan pelakon seperti Ayda Jebat, drama tersebut ternyata telah memberi satu garis dalam industri hiburan tanah air.
Menerusi laman Instagram Sheila Rusly, dia ada menitipkan kata terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan drama tersebut.
“Cindai bukan cincai.
Siapa yg tukang tulis, siapa yg tukang buat, siapa yg tukang susun, siapa yg tukang rakam, siapa yg tukang pakai, siapa yg tukang hias, siapa yg tukang cari, siapa yg tukang sambung, siapa yg tukang lakun, siapa yg tukang bayar, cacat cela pasti ada. Sebab kita bukan siapa siapa nak menilai sesiapa.Terima kasih semua sebab jadi tukang tengok❤️ “, tulisnya.
Malah, di ruangan komen rata-rata penonton memuji lakonan hbar para artis serta jalan ceritanya yang menarik.
Selain Ayda Jebat, bintang lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose dan lain-lain lagi.
Sumber: Instagram Sheila Rusly
Leave a Reply