Bakal membawa watak ps1ko buat kali pertama, pelakon Angeline Tan luahkan rasa terujanya dalam drama siri terbaru The Ghost Bride.
Untuk makluman, drama terbitan Netflix itu merupakan siri pertama dihasilkan di Malaysia yang menggunakan bahasa Cina.
Menurut pemilik nama Tan Yoke Yeah ini, dia memegang watak sebagai seorang ibu dikenali sebagai Madam Lim.
Dedahnya, pada mulanya dia hanya datang uji bakat tanpa mengetahui drama tersebut ialah untuk Netflix dan berterima kasih kerana terpilih untuk memegang watak tersebut.
Ujarnya lagi, perkara yang paling mencabar untuk berlakon dalam siri ini adalah untuk menjayakan watak ps1ko yang adakalanya tidak mempunyai dialog.
“Watak Madam Lim ni lain sikit kerana emosi dia berubah-ubah. Ada hari dia ok, tapi esoknya pula dia akan jadi psiko.
Malah, ada babak yang tidak mempunyai dialog dan hanya menggunakan reaksi wajah dan pandangan mata yang kuat untuk memaparkan perasaannya.
“Malah saya juga perlu melakukan ekspresi menggunakan mata saja. Jadi itulah yang mencabarnya watak Madam Lim ini,” katanya.
Difahamkan lagi, penggambaran The Ghost Bride ini akan melibatkan beberapa lokasi sekitar Malaysia termasuk Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh.
Drama ini diarahkan oleh Ho Yuhang dan Quek Shio Chuan serta penerbit eksekutif, Zainir Aminullah.
Selain Angeline Tan, antara bintang lain yang turut terlibat ialah Huang Pei Jia, Kang Jen Wu , Ludi Lin, Kuang Tian, Angeline Tan, Susan Leong, Jordan Voon dan Jojo Goh.
Sumber: Carian Google, Media Hiburan
Leave a Reply