
Semenjak pengunduran diri hos Neelofa dari program Meletop. Nabil Ahmad akui agak rasa berbeza dengan ketiadaan Neelofa.
“Sejujurnya saya rasa lain bila Lofa tiada kerana biasa ada dia.”, ujarnya menerusi Media Hiburan.
“Jadi perasaan tu rasa sangat berbeza namun saya tetap kena teruskan untuk hidupkan rancangan ini.”
View this post on Instagram
Friend-ster for eves and mintak halal hutang 😁😁😁😁😁 #thankyoulofa #meletop @neelofa
Ujarnya lagi, meskipun dia merasai perbezaan itu namun dia hanya menyimpan perkara tersebut di dalam hati dan tidak mahu ada yang menyedarinya.
“Sudah kebiasaanya bila orang lain ganti kita tahu Lofa tengah cuti, sekadar ganti sebab dia tengah cuti tapi sekarang ni rasa sangat berbeza sebab dia tak de kat set Meletop.”, ujarnya lagi.
Bagaimanapun Nabil berkata bahawa sehingga kini dia tidak tahu siapa yang akan menggantikan tempat Lofa dan belum terima apa-apa informasi dari pihak produksi.
View this post on Instagram
My very first eps Meletop 2020 with kakak @errafazira. Amacam Meriah x semalam? 😄
“Saya tiada masalah untuk berganding dengan sesiapa pun dan saya okey sahaja.”, ujarnya akhiri bicara.
Terdahulu, Nabil dan Neelofa telah berganding selama lapan tahun dalam program Meletop.
Sumber: Instagram Nabil Ahmad, Neelofa, Carian Google
Leave a Reply