
Kini bergelar penyampai radio di Suria FM, telatah selebriti ini sentiasa menghiburkan orang ramai. Sebelum ini video Sharifah Shahirah memandu kereta Lotus dengan memakai helmet telah mencuri perhatian ramai.
View this post on Instagram
Kali ini Sharifah Shahirah tunjuk pelbagai kereta mewah pula. Menurutnya dia kini memiliki saluran Youtube miliknya sendiri. Nama akaun Youtube miliknya itu sahaja sudah menghiburkan iaitu Pah Pink Toink Toink.
Malah dalam perkongsian video teaser yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini juga membuatkan ramai terhibur. Dalam rakaman itu Sharifah Shahirah tunjuk pelbagai kereta mewah. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah helmet pink yang dipakai selebriti ini. Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik oleh selebriti tersebut:
Bahagian paling akhir sekali itu memang win habis! Sudahnya bawa kereta saga sahaja dalam banyak-banyak yang ditunjukkan tadi. Apa-apa pun perkongsian tersebut telah membuatkan ramai terhibur dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Jarang tak lawak…adoiii”
“Kemain kereta mewah mula…mula…rupanya naik kereta proton saga lama”
“Kelako la awak ni”
SumberSharifah Shahirah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: HCL
Leave a Reply