PETALING JAYA – Khabar angin majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.
Hasil tinjauan Kosmo!, perkongsian foto meja makan dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera dalam Instagramnya turut memberi bayangan majlis sedang berlangsung pagi ini.
Malah, sekeping kad senarai yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah.
SPEKULASI pernikahan antara Nabila dengan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik gambar-gambar majlis mereka dalam media sosial sebentar tadi.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di sebuah masjid pagi tadi.
Manakala, perunding majlis tersebut ialah Reka Teemor.
KAKAK kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka Engku Aleesya dan Jebat.
Rakaman video upacara pernikahan itu dikongsikan oleh Neelofa menerusi Instastory.
Turut kelihatan dalam video tersebut ialah keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Pasangan ini memilih keberkatan hari Jumaat untuk melangsungkan pernikahan.
Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.
Pada Khamis, desas-desus mengenai Nabila dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Bagaimanapun, Nabila memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai kesahihan khabar angin tersebut.
Siapa sebenarnya Engku Emran dan bagaimana Laudya Cynthia Bella, Erra boleh sampai jatuh cinta padanya?
Berikut ulasannya:
Engku Emran merupakan lelaki Melayu yang memiliki nama penuh Engku Emran Engku Zainal Abidin dan lahir pada 1975.
Engku Emran merupakan seorang Chief Executive Officer (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd dan Chief Operating Officer (COO) Suria FM.
Jika melihat akun Instagram-nya, Engku Emran merupakan seseorang yang gemar besukan
Ia kerap menyertai pertandingan larian
Sebelum dia memutuskan untuk berkahwin dengan Noor Nabila hari ini, Engku Emran pernah berumah tangga dengan penyanyi Malaysia, Erra Fazira, pada 2007 dan pelakon terkenal dari indonesia Laudya Cynthia Bella
Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga.
Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia.
Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah bercerai dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.
Engku Emran tampil berbeza?
Terdahulu PERCERAIAN dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada Julai lalu dikatakan memberi kesan terhadap Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Lebih sebulan bergelar duda, keadaan Emran dikatakan tidak terurus berbanding ketika bergelar suami yang sentiasa kelihatan kemas dan segak.
Gambar penampilannya yang tidak kemas dipercayai selepas melakukan aktiviti berbasikal yang dikongsikan di media sosial ternyata mengundang perhatian ramai.
Tidak seperti dahulu, Emran kelihatan tampil berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya.
Yang pasti, netizen segera membuat perbandingan imej yang dulu dengan sekarang dan menganggap apa yang berlaku ada kaitan dengan percer4iannya.
Emran mengahwini Laudya pada 8 September 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan bercer4i secara baik. Mereka juga tidak dikurniakan anak.
GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran turut menjadi perbualan h4ngat netizen di negara seberang.
Rata-rata media Indonesia mem4ntau Instagram bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella bagi melihat reaksi pelakon popular itu berhubung khabar angin tersebut.
Menurut laporan DetikHot, sehingga kini Laudya masih lagi tidak memberi sebarang komen mengenai gos1p membabitkan bekas suaminya itu.
Hasil tinjauan di laman Instagram mendapati Laudya hanya berkongsi hadis mengenai takwa dan mempromosikan jualan telekung di laman sosialnya itu.
“Teman-temanku… selamat berjuang agar kita selalu bertakwa. Semoga Allah bersihkan hati kita kerana letak takwa di dalam hati.
Foto terbaharu dikongsi Engku Emran di Instagram jadi perbualan netizen Indonesia.
“Selamat beribadah di hari Jumaat teman-temanku yang baca ini,” tulisnya pada hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman tersebut.
Bagaimanapun, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak menghadkan komen-komen yang diterima daripada pengikut.
Laudya berkongsi mengenai ilmu agama di laman Instagram.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Leave a Reply