“Saya dapat lihat baby bump saiz kecil yang awak tag Nabil Mahir..”- Netizen Membuat Andaian Ayda Jebat Hamil Gara-Gara Ayda Tag Nabil Di Bahagian Perutnya

Tindakan Ayda Jebat, 29, tag nama suaminya, pengacara Nabil Mahir, 33, di bahagian perut dalam sekeping gambar telah menimbulkan andaian yang pelakon itu sedang berbadan dua.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan melaporkan mengenai berita kehamilan Ayda namun sehingga kini pasangan sejoli itu belum membuat pengesahan.

Foto Ayda dan Nabil berpeluk erat dengan berlatarbelakangkan kolam renang itu dikongsi di Instagram (IG) pada Selasa.

Di ruangan komen, seorang netizen menyatakan wajah pelantun lagu Parah Parah ini nampak lebih berseri-seri.

Malah, ada segelintir peminat yang langsung memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.

Terdahulu, nama Ayda pernah menjadi bualan ramai selepas tul4r dakwaan dia kini sedang hamil anak pertama.

Pemilik nama Nur Suhada Jebat menerusi program Bawang Live baru-baru ini memohon orang ramai dan peminat agar mendoakan kesejahteraan mereka dan bersabar.

Nabil dan Ayda selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Instagram Ayda Jebat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.