Program Hiburan Kumpul Lebih 50 lndividu, Syed Saddiq Tanya Satu Soalan ‘Panas’ Kpd Menteri Kanan (Keselamatan)

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan mengenai kebenaran operasi program hiburan yang mengumpulkan lebih 50 individu pada satu masa ketika tempoh perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Kebenaran program hiburan itu katanya, menimbulkan persoalan kerana Dewan Rakyat ketika ini masih tidak dibenarkan untuk dibuka meskipun kesemua Ahli Parlimen telah divaksin.

“Salam Menteri Ismail Sabri, kenapa Parlimen di mana semua wakil rakyat dah divaksin dan wajib pakai pelitup muka serta ada cermin pemisah di setiap meja dipaksa tutup?“Tapi hiburan yang menghimpunkan 50 orang tanpa pelitup muka dan ada yang belum divaksin boleh dijalankan?

“Saya dibayar duit rakyat. Jawab pertanyaan saya,” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau turut berkongsi video program hiburan oleh sebuah stesen televisyen swasta yang melibatkan ramai selebriti tempatan tanpa memakai pelitup muka.

Mengulas lanjut menerusi komen, Syed Saddiq berkata, pelaksanaan aktiviti hiburan sedemikian membuktikan bahawa Parlimen boleh diadakan dan dibuka pada bila-bila masa sahaja namun keputusan itu terletak di tangan kerajaan.

“Macam-macam prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan boleh buat. Nak ujian calitan seminggu sekali dekat semua Ahli Parlimen pun boleh.

“Tinggal nak kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedar sahaja bahawa negara ini ada Parlimen dan ada demokrasi,” katanya.

Seorang pengguna Facebook, Speedy Gonzales turut mempersoalkan perbezaan antara SOP aktiviti hiburan dan keagamaan.

“Dah kalau hiburan boleh 50 orang, kenapa masjid kena 12 org sahaja, walhal solat tiang agama,” ujarnya.

Nama anak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tersenarai

Berikut Senarai 50 Juri Bagi Program All Together Now Malaysia 2021.

Datuk AC Mizal (Ketua Juri), Ernie Zakri,Syamel, Mark Adam, Erra Fazira, Noryn Aziz, Tuju K-Clique,Siti Nordiana, Zizan Razak. Khai Bahar. Jaclyn Victor. Zizi Kirana, Tabby Dolla, Shiha Zikir,

Sissy Iman, Bob Yusof, Nana Mahazan, Linda Nanuwil, Andi Bernadee, Chubb-e, Catriana Ross, Sarah Suhairi, Ifa Raziah, Ainaa Abdul, Mimi Fly, Azzam Sham

Dafi Ismail, Ara Johari, Azira Syafinaz, Liza Hanim, AzfarHeri, Acong, Joey Daud, Angel Dolla, Yusuf Bahrin, Yaya Zahir, Kelly Azman, Jad Lobo, Harith Zazman
Kaka Azraff, Haniff Hamzah ERA, Falyq Hikyle SINAR, Ean HITZ, Suresh RAAGA, Neeta Manisha, Kidd Santhe, Thanuja, Vanessa Reynauld, Daniel Cheong, Alvin Chong

Astro Hentikan Program Tersebut Buat Semmentara Waktu

KUALA LUMPUR: Pihak penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah

Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan C0VID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus neg4tif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya.

“Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” tambah Raqim.

Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.
Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: trendingsgt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.