Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan c0v!d.19, kata Menteri Kanan (Kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian c0v!d.19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.
“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut c0v!d.19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.
“Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mend4dak yang mengncm sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.
Ismail Sabri juga berkata, Majlis keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.
“INI APA YANG PATUT KERAJAAN BUAT” – Najib Razak
Menerusi laman facebook rasmi Najib Razak, beliau telah memuat naik satu posting tentang apa yang terjadi sepanjang PKP 3.0. Perkara ini sebenarnya telah pun berulang kali bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak utarakan.
Dengan kenyataan dari Menteri Ismail Sabri yang memberitahu bahawa ada kesan positif selepas PKP 3.0 dilaksanakan tetapi jika dilihat pada rakyat terutama golongan b40 pasti kerajaan akan tahu bahawa rakyat sedang susah. Justeru itu Najib Razak telah keluarkan beberapa cadangan kepada kerajaan.
1) Moratorium pinjaman automatik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.
2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. 3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40. 4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik. Najib razak memohon agar
kerajaan jangan tunggu lagi dan laksanakan terus untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ini. Tidak sampai 30 minit, jumlah tanda suka pada posting beliau telah mencecah 14 ribu dan jumlah perkongsian menghampiri 600.
Komen Warganet:
“Terus perjuangkan nasib rakyat bossku, i sinar i lestari 2.0 kasi cepat, kilang diminta tutup beroperasi abis mana datang sumber pendapatan kalau tidak bekerja, fikir logik la menteri pakatan nasional allah taala bagi otak dan akal”
“Assalamualaikum Dato’seri.. Datuk seri Tolong la bangkit kan lagi berkenaan I-SINAR serta I-LESTARI Supaya di sambung lagi..Kami perlu kan duit sendiri. Menteri kewangan tak apa la gaji berpuluh ribu.. Tu rezeki dia. Kami nk duit kami ja” “Saya yakin cadangan datuk sri ini bernas dan mengambil kira kesimbangannya. Mana yg baik dan perlaksanaan nya manpu dilaksana buat rakyat kita mesti sokong”
Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak
Ramai yang dah tak sabar. Akhirnya Perdana Menteri ded4hkan bila rakyat boleh balik kampung.
RAKYAT Malaysia yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa diminta untuk bersabar sedikit masa lagi sehingga negara mencapai tahap immuniti kelompok yang dijangka berlaku selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Berucap dalam perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Negara hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pada masa kini terarah kepada usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan C0v!d.19 terlebih dahulu.
Sabar dulu, selewat-lewatnya hujung tahun ini
“Saya sering menerima permintaan supaya acara-acara sukan seperti perlwanan bola sepak dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan, majlis-majlis sosial diadakan dan paling banyak saya terima ialah rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang.
“Sabar dulu. “Pada masa ini, perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan C0v!d.19 dahulu,” katanya. Menurut beliau aktiviti-aktiviti ini dijangka dapat dilakukan secara berperingkat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat apabila negara mencapai tahap imuniti berkelompok iaitu apabila memasuki Fasa keempat, pelan pemulihan negara.
Muhyiddin terdahulu membentangkan strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandem!k C0v!d.19. Menurutnya peralihan dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan dilakukan secara berperingkat berpaksi kepada data yang bersandarkan kepada tiga indikator ambang utama.
“Indikator pertama ialah keadaan penularan c0v!d.19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian. “Indikator ke dua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katill di wad ICU dan indikator ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos svntikan v4ksin,” katanya.
Menurutnya fasa keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana masyarakat boleh kembali semula kepada norma kehidupan seharian dan ekonomi akan dibuka serta lebih banyak aktiviti sosial dan pelancongan domestik juga akan dibenarkan.
“Fasa ini dapat dilaksanakan apabila kes C0v!d.19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program v4ksinasi telah capai tahap imuniti berkelompok atau heard immunity selewatnya pada akhir tahun ini,” katanya.
Pelan Pemulihan Negara… ketahui fakta 4 fasa diumum PM
PERDANA Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari p4ndemik C0v!d.19. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.
Fasa 1
– Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4, 000 kes. – Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana. – 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Fasa 2
– Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis. – Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. – Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor. – Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Fasa 3
– Semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup. – Boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold seperti purata kes harian Covid19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.
– Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi. – 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
– Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021. – Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi.
– Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua. – Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat. – Semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.
Fasa 4
– Purata kes harian C0v!d.19 menurun ke paras bawah 500 kes. – Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi. – 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
– Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi C0v!d.19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021. – Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.
– Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat. Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.
sumber: mstar via https://kisahbena.com/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Baru je semalam buat perutusan khas plan pemulihan negara sekali ini yang terjadi pada lamanfb Muhyiddin Yassin. Sampai ada yang merayu untuk minta benda ni.
KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bukan sesuatu pertimbangan yang mudah, kata Tan Sri Muhyidin Yassin. Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap kerajaan dapat meringankan beban yang ditanggung indivdu yang terkesan selaras pengumuman pakej rangsangan ekonomi dan b.antuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM 40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM 5 bil.ion ri.nggit.
“Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kes.ihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada kri.sis ini. “Pada hari ini, saya ingin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik C0vid 19,” katanya
sempena perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. Strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan hari ini merangkumi empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada d.ata yang bersandarkan tiga ind.ikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.
“Indikator pertama adalah keadaan penularan C0vid 19 dalam komuniti berdasarkan bilangan k.es jangkitan harian manakala indikator kedua adalah keupayaan s.istem kes.ihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit r.awatan rapi.
“Indi.kator ketiganya adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos s.untikan v.aksin, “katanya dalam perutusan khas berhubung s.ituasi semasa C0vid 19 hari ini.
Baru Habis Pengumuman Ramai Tinggalkan Komen Di FB Perdana Menteri
Reaksi Orang Ramai
Moratorium otomatik kan. I sinar I lestari kalau x bagi kluar. Biaq p la. Putus asa dah nak mngemis minta duit sndiri. 5bulan dah gaji d ptong 50 prcent. Msuk June, trus d cutikan tnpa gaji,
d sbbkan PkP d smbung hingga Hujung bulan.Moratarium yg ada skrg, panjangkan tempoh pinjaman, itu sahaja pilihan yg makan diri sndiri balik. Bank loan kreta smua boleh ke kata hold dlu. Tggu gaji bulan depan??? .. kalau keadaan x membaik, apa Pelan Pem.ulihan yg trbaik utk kami yg brkrja swasta???.
I sinar dan i listari di laksana kan semula…tolong …ramai yang kesempitan.I sinar TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Saya sangat terjejas…Tak boleh kerja disbabkan l.ockdown….Saya single mom ada anak..betul trs.epit. Bagi keluar duit kwsp 20k PKPD, Pkp3.0 nk makan ape. gaji hari sale tkde..ramai terjejas…bg b.antuan yg memerlukan yg ade kwsp kasi keluar je.
Kami nk duit kwsp untuk menampung kehidupan harian .tlg paham. Kesimpulan nya apa Abah? Nak Suh duduk rumah, sediakan lah bantuan, kalau Tak mampu bantuan,bagi rakyat keluar duit sendiri melalui I Sinar I Lestari, sementara tunggu ucapan Abah, Ade dapur yang tak berasap tu Bah.
Kredit : Kosmo/OM
Kes pemergian akibat positif covid 19 makin meningkat. Terkini hampir 15 jemaah masjid kluster Mahsuri Jitra pergi menghadap illahi dalam masa 2 minggu.
Saban hari berlakunya peningkatan kes positif covid-19 dan pertambahan kes pemergian yang dilaporkan mencecah 63 sehari pada 13 Jun 2021. Di Jitra, Kedah ser4mai 15 jemaah masjid dilaporkan telah sah pergi menghadap illahi akib4t covid-19 ekoran daripada kluster Taman Mahsuri yang merebak pada bulan Mei lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata pemergian tersebut dipercayai berlaku sejak dua minggu lepas susulan jngkitan yang berlaku dalam kalangan jemaah masjid.
“Ya, hingga hari ini sudah 15 orang pergi menghadap illahi, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu.
Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntiikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok.
Dr Mohd Hayati menyifatkan c0v1d-19 amat bahaya dan mampu mergut nyw sesiapa sahaja dalam masa yang singkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra.
KKM bagaimanapun sudah melakukan 207 ujIan saringan di sembilan kawasan zon merah di Jitra dan mendapati 94 daripada ujian saringan itu dilaporkan sah positif covid-19. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber BH Online via Oh Bulan
Ujian saringan Covid 19 sasarkan seramai ini pula untuk dilakukan secara percuma. Ianya akan ditumpukan di kawasan ini.
Shah Alam: Sejumlah 97,565 individu disaring menerusi program saringan percuma yang dilaksanakan kerajaan Selangor di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 8 Mei hingga 10 Jun lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter memaklumkan 3,342 individu atau 3.43 peratus dikesan positif C0v!d.19 sepanjang tempoh program berkenaan dilaksanakan.
“Mengikuti keberkesanan dan kepentingan khidmat saringan ini, kerajaan negeri akan meneruskan ujian saringan C0v!d.19 percuma dalam fasa ke tiga yang mensasarkan 100,000 individu. Saringan kali ini akan memberi tumpuan kepada kawasan ‘hotspot’ kes C0v!d.19 serta kawasan industri dan perkilangan. “Terima kasih warga Selangor sekalian yang hadir serta tidak lupa petugas dan badan berkuasa yang terbabit sepanjang program ini,” tulisnya di Twitter.
Sementara itu, Pengurus Selangor Health Care (SelCare), Mohd Noor Md Nasir berkata, susulan pengumuman Menteri Besar itu, pihaknya akan meneruskan program saringan berkenaan di lapan lokasi yang dikenal pasti mempunyai kadar positif melebihi lima peratus. Katanya, pihaknya merancang untuk melaksanakan program berkenaan 19 Jun ini bagaimanapun ia tertakluk kepada kebenaran daripada kerajaan negeri.
“Saringan berkenaan akan dijalankan di Dun Kajang; Semenyih; Bukit Antarabangsa; Hulu Kelang; Gombak Setia; Sungai Tua; Taman Templer dan Taman Medan,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, berdasarkan data yang dikongsi Dun Subang Jaya merekodkan kehadiran untuk saringan paling tinggi iaitu 5,096 orang manakala Sungai Air Tawar paling sedikit dengan 191 orang.
Sumber : Metro Online
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: https://greatdailynews.com/
Leave a Reply