Seorang lelaki dari Kampar, Indonesia tidak berpu.tus, malah sanggup menawarkan 150 juta rupiah (kira-kira RM43,328) sebagai ganjaran kepada individu menemui isterinya yang hil4ng tanpa khabar berita sejak empat bulan lalu.
Tribunnews melaporkan Khairuddin atau mesra disapa Ucok Regar itu dikatakan pernah menawarkan ganjaran 75 juta rupiah (RM21,707) pada April lalu.
Namun, tiada individu yang tampil menyalurkan maklumat.
Isteri lelaki itu, Ervina Lubis, 40, juga masih gagal ditemui walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan penduduk Kampung Tanjung Sawit, daerah Tapung dan Kampar untuk menjejakinya hingga Khairuddin nekad untuk menaikkan jumlah ganjaran.
“Ya, saya beri ganjaran 150 juta rupiah dengan harapan isteri ditemui segera,” katanya.
Ervina dilaporkan hil4ng sejak 18 Mac lalu ketika Khairuddin mengajak isteri dan anaknya ke sebuah pusat beli-belah di bandar Pekanbaru.
Khairuddin dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakannnya dan beredar seketika ke Jalan Harapan Raya yang tidak jauh dengan pusat beli-belah berkenaan.
Sekembalinya ke pusat beli-belah itu, Khairuddin mendapati isterinya sudah tiada.
Anaknya memberitahu Khairuddin yang ibunya mahu ke tandas tetapi tidak kembali semula.
Khairuddin cuba mencari isterinya itu, tetapi tidak menemuinya dan akhirnya pulang ke rumah dengan anaknya.
Lelaki itu dikatakan sudah membuat laporan di Balai p0lis Tampan, bandar Pekanbaru pada 19 April lalu dan disahkan oleh Ketua Balai p0lis Tampan, Hotmartua Ambarita.
Kredit:Hmetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber : ASN
Leave a Reply