Jadi mngsa ‘d3ngki’ lagi, Sekali Lan Solo Ajak Pengadu Bersemuka

Penyanyi, Lan Solo mendedahkan dirinya baru sahaja menerima surat saman daripada pihak majlis bandaraya selepas mereka dimaklumkan telah menerima advan yang mend4kwa premis kedai runcitnya telah menghalang lalu lintas.

Jelas Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, individu yang membuat aduan tersebut dipercayai penduduk di kawasan sekitar.

“Assalamualaikum, hari ini saya kena sam4n lagi. Ada orang c0mplain lagi fasal kedai saya. Katanya saya menghalang lalu lintas di jalan raya.

“Orang yang complain tu pun yang ada disekeliling ini juga. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya. Aku cari makan je kot.

“Dah la dengan musim PKP lagi. Sales pun tak menentu. Sekarang ni kalau kau tak puas hati dengan aku atau kedai aku kau bagitahu je,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan bekas vokalis kumpulan Kristal itu menerusi sebuah video berdurasi hampir dua minit yang dimuatnaik di laman Instagram.

Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang berpuas hati dengan dirinya, dia berharap agar individu tersebut tampil bersemuka.

“Kau tak payah nak c0mplain dekat majlis bandaraya sampai susahkan diorang kena datang tengok keadaan. Nak keluarkan sam4n lagi.

“Saya tak kesah sebab diorang buat kerja diorang. Tapi kau tu kenapa?

“Tak habis-habis. Aku rasa dah berapa kali dah aku kena macam ni. Orang Melayu kot nak meniaga. Majlis Perbandaran Subang Jaya dah ambil tindakan.

“Kau puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak. Semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat,” jelasnya lagi.

Menerusi entri berasingan, Lan menjelaskan sejak awal pagi tadi, dia bersama para pekerjanya sedang sibuk menyusun barang-barang di stor dan mereka hanya meletakkan barangan tersebut di kaki lima buat sementara waktu

“AKU BARU LEPAS LOADING BARANG. BUKAN AKU PARKING BARANG. KAU MEMANG DAH TAK BOLEH SABAR KE LAH4NAT. AKU PON DAH RASA HILANG SABAR DENGAN BIN4TANG MACAM KAU NI.

“TAK SUSAH KALAU KAU NAK CARI AKU. MUSIM PKP NI AKU TAKDAK SHOW. AKU ADA JA KAT KEDAI.

“DATANG SINI BAGITAU AKU APA YANG KAU TAK PUAS HATI SAMPAI NAK KACAU TEMPAT AKU CARI REZKI,” akhirinya.

Sumber: Instagram Lan Solo

Lan Solo ditudu.h cantas peniaga lain

Terdahulu Penyanyi Lan Solo, menolak dakw4an pembukaan cawangan kedua Solo Borneo Mart (SBM) di Galaxy Mall, Ampang bertujuan mencantas rezeki peniaga lain di situ.

Lan, 36, berkata, dia tidak tahu dan tidak pernah diberitahu mengenai kewujudan Pasar Borneo yang diadakan di tingkat bawah kompleks membeli belah berkenaan pada setiap hujung minggu.

“Macam biasa sebagai peniaga saya buat tinjauan terlebih dahulu. Rata-rata pengikut di media sosial saya minta SBM dibuka di Ampang.

“Lokasi paling strategik dan bersesuian dari segi harga ialah di Galaxy Ampang. Itu antara sebab buka di situ.

“Tidak menjangka ia akhirnya jadi isu pula. Namun tak semua yang bagi komen di Instagram dan Facebook menulis saya tutup periuk nasi orang. Hanya segelintir sahaja berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Lan, selepas meneliti semula, dia mendapati hanya segelintir sahaja peniaga berniaga barangan yang sama dijual di kedainya dan ini membuat mereka rasa tercabar.

“Sebenarnya, kalau diikutkan barang jualan yang diniagakan mereka dan saya tak sama langsung. Barangan kedai saya 95 peratus barangan kering.

“Mereka pula jual 100 peratus barangan basah dan sedia untuk dimakan. Memang ternyata tak sama,” katanya.

Sebagai jalan penyelesaian, Lan memilih situasi menang-menang apabila menjual barangan penjaja terbabit.

“Sebenarnya dalam kedai saya pun ada barang jualan mereka juga yang saya bagi ruang secara percuma iaitu dalam 5 hingga 10 peratus.

“Di sini, memang saya berniat nak kongsi rezeki dengan mereka. Saya hanya ambil komisen hasil dari barang jualan mereka. Sewa tapak atau rak langsung tak dikenakan,” katanya.

Lan berkata, sepatutnya peniaga ini berfikiran terbuka kerana SBM akan bawa pelanggan mereka ke sini.

“Penggemar SBM sekitar Ampang pasti akan ke sini dan komuniti situ lebih besar. Sebenarnya selepas ada beberapa kecaman dalam komen, warga-warga Borneo ini ada datang berjumpa saya di kedai untuk jernihkan keadaan.

“Malah ada juga dalam dikalangan mereka sendiri jawab kecaman itu di Instagram dan Facebook untuk betulkan keadaan.

“Mereka minta saya jangan kecil hati dengan mereka. Saya tenang sahaja berdepan situasi ini. Insya-Allah, kita sama-sama cari rezeki. Banyak yang lebih positif dengan pembukaan SBM di situ,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://justbdallnews.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.