
Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aur4t merupakan perkara utama yang disuruh dalam agama Islam.
Sebelum ini, selebriti Uqasha Senrose pernah dikec4m teruk akibat mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas tiga tahun mengenakan hijab.
Namun nampaknya kini Uqasha seperti memberi hint bahawa beliau mempunyai niat untuk berhijab semula menerusi video baharunya di aplikasi TikTok.
Menerusi video berkenaan, Uqasha telah menggayakan jubah abaya labuh yang mana membuatkan beliau berasa berpuas hati dan terus mengatakan mahu berhijab semula.
“Bila pakai macam ni kan, rasa macam nak pakai tudung balik. Tapi tu lah kena istiqomah dulu, nanti kena kec4m.”
Dalam masa yang sama, ramai yang menyokong niat baik pelakon berusia 29 tahun itu dan turut mendoakan supaya satu hari nanti beliau akan istiqomah dalam melakukan perubahan.
Kita doakan semoga semua urusan Uqasha tak kira dalam usaha untuk menutup avrat atau apa sahaja, dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Sumber foto dan video: TikTok Uqasha Senrose
Leave a Reply