Jemaah yang mengerjakan solat Jumaat tadi dikomp4un tapi polis lakukan tindakan ini terlebih dahulu

Seramai 13 jemaah dik0mpaun selepas didapati gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila melaksanakan solat Jumaat melebihi jumlah ditetapkan di sebuah masjid di Seberang Kota, Kuala Kedah di sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan pemantau C0v!d.19 dan Bahagian Penguat Kuasa dan Kawalan Negeri Kedah (BKK) Kementerian Dalam Negeri menerima maklumat berhubung kejadian sebelum tiba di lokasi pada jam 1.40 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati jemaah sedang mendengar khutbah dan polis membenarkan mereka melaksanakan solat sehingga selesai sebelum tindakan diambil.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 34 individu di dalam masjid, iaitu melebihi jumlah jemaah dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu hanya 13 individu saja dibenarkan menunaikan solat Jumaat.

“Berikutan itu, komp4un RM1,500 setiap seorang terpaksa dikeluarkan terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan komp4un RM10,000 kepada pengurusan masjid berkenaan kerana gag4l melaksanakan SOP apabila membenarkan lebih individu berada di dalam masjid,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kuala Kedah hari ini.

Ahmad Shukri berkata, sebahagian jemaah lain tidak dikomp4un dan dibenarkan pulang kerana ada dalam kalangan mereka adalah kanak-kanak, orang kurang up4ya (OKU) dan warga emas yang nyanyvk.

“Berdasarkan pemeriksaan, semua jemaah menunaikan solat mengikut jarak fizikal yang ditetapkan dan memakai pelitup muka. Akan tetapi, mereka tidak patuh SOP kerana menunaikan solat lebih dari jumlah ditetapkan.

“Berdasarkan maklumat pihak masjid, ini kali pertama masjid itu dikunjungi lebihan jemaah kerana pada minggu lalu, hanya 13 orang saja yang datang menunaikan solat Jumaat.

“Kebanyakan mereka yang dikomp4un adalah penduduk yang tinggal di sekitar masjid berkenaan. Sehubungan itu, kita harap semua masyarakat patuh SOP yang ditetapkan kerana kita sudah setahun tiga bulan mengharungi situasi C0v!d.19,” katanya.Ahmad Shukri berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 11(3) Peraturan Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit Berj4ngkit (PPDPP).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.