Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyifatkan adegan mesra, pelvk dan babak ‘berguling-guling’ yang dilakonkan mereka menerusi filem terbaru berjudul Sabda Kekasih bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.
Di dalam salah satu babak filem tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,32, yang mendukung watak sebagai Bukhari Muslim dilihat memelvk mesra kekasihnya Kasih Murni (lakonan Wawa) yang bertudung labuh walaupun mereka belum bernikah.
“Saya tahu watak pasangan kekasih dalam filem Sabda Kekasih ada pegang-pegang dan pelvk walaupun belum berkahwin. Bagi saya, orang dah tahu kami memang suami isteri. Tapi tak perlulah menjadi ikutan di luar sana.
“Hakikatnya memang macam tu kan sesetengah orang di luar sana. Cuma perkara itu (tidak jaga batas) janganlah dijadikan ikutan.
“Tapi bagi saya, waktu inilah (ketika shooting filem) saya boleh pegang perempuan, sebab saya tidak pegang atau bersentuhan dengan perempuan lain sebelum ini,” seloroh Aeril.
Dia pada masa sama turut mengakui dirinya lebih mudah dan selesa apabila berlakon dengan isteri sendiri.
Bagaimanapun, Aeril tetap mengkr1tik isterinya kerana mahukan yang terbaik.
“Dari segi pergerakan badan, ia agak senang kerana kami suami isteri. Namun saya melihat lakonan Wawa dari sudut pandangan seorang penonton. Dia pun dah lama tak berlakon.
“Jadi, biasanya kami ‘bergadvh’ juga di lokasi penggambaran tapi tak adalah bawa ke rumah. Pasal kerja sajalah. Memang perangai saya suka cari salah dia dalam kerja kerana mahukan yang terbaik,” katanya lagi.
Filem Sabda Kekasih, projek filem pertama bawah syarikat produksi Respected Citizen Production Sdn Bhd dimiliki oleh Aeril dan Wawa.
Ia merupakan sebuah kisah romantik tr4gedi yang bermula dengan kisah seorang pemuzik jalanan bernama Bukhari yang mengubah kej4hilan dirinya hanya kerana Cinta seorang gadis iaitu Kasih Murni.
Namun berlaku tr4gedi yang tidak diingini pada hari pertunangan mereka yang menyebabkan kesengsar4an yang dialami oleh pasangan kekasih ini.
‘Kekurangan bukan ked4ifan, kelebihan bukan kemuliaan’ ini mengangkat erti sebenar penerimaan cinta bukan hanya pada zahir semata-mata.
Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.
Tayangan filem Sabda Kekasih bermula sejak 24 Jun 2021 lalu di Saluran Astro First 480.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: MH
Leave a Reply