Kota Bharu: “Alhamdulillah, bantuan RM500 yang diterima ini dapat saya gunakan untuk menampung perbelanjaan kami lima beranak,” kata penerima Bantuan Khas C0v!d.19 (BKC), Rosdi Hassan.
Rosdi, 38, yang bekerja sebagai nelayan menyifatkan bantuan itu tiba tepat pada masanya kerana dia sudah lama tidak ke laut bagi menangkap ikan berikutan menjalani ku4rantin kendiri, bulan lalu.
“Saya bersama isteri dan tiga anak berusia empat, enam dan 12 tahun menjadi kontak rapat kakak ipar yang p0sitif C0v!d.19.
“Ketika itu, kami menjalani kuar4ntin kendiri selama 10 hari di rumah, menyebabkan saya tidak ke laut, sekali gus pendapatan pun agak terjejas,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Kota Bharu di sini, hari ini.
Rosdi yang menetap di Jalan PCB di sini, mengakui sepanjang tempoh pand3mik, dia sekeluarga kerap menerima bantuan daripada pelbagai pihak terutama bakul makanan dan sangat bersyukur dengan keprihatinan itu.
Seorang lagi penerima BKC, Siti Nur Syazwani Mohd Azman, 21, dari Guchil Bayam di sini, berkata, dia mula mengambil upah memotong rumput di rumah penduduk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020.
Sebelum ini katanya, dia mengasuh dua kanak-kanak tetapi pendapatannya terjejas disebabkan p4ndemik C0v!d.19.
“Saya menghidap peny4kit buah pingg4ng kr0nik dan tidak boleh kerja berat, jadi saya sukarela membantu suami yang bekerja sebagai tukang rumah dengan melakukan pekerjaan itu.
“Alhamdulillah, bantuan BKC hari ini dapat digunakan untuk menampung keperluan kami suami isteri,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.
ROSDI gembira mendapat Bantuan Khas C0v!d.19 (BKC) sebanyak RM500 ketika ditemui di perkarangan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan, sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa l bermula 6 hingga 10 September ini.
Harap pemberian BKC ringankan beban rakyat – PM
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas C0v!d.19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat C0v!d.19.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion sudah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori misk1n tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya.
Pada Rabu, Ismail Sabri berkata, beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas dan berikutan itu, telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.
Beliau juga berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.
Cara untuk buat semakan
Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita
Sumber: http://trendingsangat.pw/
Leave a Reply